Ahad, Mac 29, 2009

KENAPA PULA TUN MAHATHIR HADIR PADA PERHIMPUNAN UMNO?



Setelah memberi 11 sebab dalam blognya,kenapa beliau tidak hadir pada perhimpunan umno,akhirnya semalam Tun Mahathir hadir juga di PWTC.Apa pula 11 sebab yang menyebabkan beliau hadir? Saya tidak dapat memberikan sebab-sebab tersebut kerana saya orang melayu.Saya mudah lupa.Tanyalah pada Tun Mahathir.

Kata Tun Mahathir dalam blognya,"Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah."Katanya lagi,"Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia."

Sehari selepas beliau menyiarkan sebab-sebab kenapa beliau tidak hadir maka semalam kita dapat saksikan adegan pengkhianatan kepada kata-katanya.Beliau telah hadir di perhimpunan pertubuhan yang bergelumang dengan rasuah itu.Maka dengan sendirinya Tun Mahathir telah mencemarkan dirinya kerana berada di majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah.Samada beliau merestuinya dengan menghadirkan diri,kita tidak tahu.Hanya beliau yang tahu.

Mungkin Tun Mahathir berpegang kepada kata-katanya.Melayu mudah lupa.Tiada siapa akan ingat kata-katanya sehari sebelum tu,kecuali kaum-kaum lain yang tidak mudah lupa.Jadi 'apa ada hal' jika beliau menyertai perhimpunan pertubuhan yang mendukung amalan rasuah itu.


Biaqpila...apa ada hal.



KENAPA SAYA TIDAK HADIR


By Dr. Mahathir Mohamad on March 27, 2009 4:24 PM | Permalink | Comments (646) | TrackBacks (0)
1. Ramai kenalan saya yang fikir saya tidak hadir pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO kerana anak saya Mukhriz kalah pertandingan Ketua Pemuda.

2. Memanglah saya terasa sedih kerananya.

3. Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda UMNO secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah.


4. Mereka memilih sebagai ketua mereka seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai Ketua Pemuda. Samada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah.

5. Hukuman yang dijatuhkan kepada orang ini tidak setimpal dan adil kerana orang lain yang didapati bersalah sama sepertinya tidak dibenar bertanding.

6. Tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua. Tetapi inilah yang dilakukan oleh Pemuda UMNO yang dahulu terkenal sebagai barisan hadapan dalam perjuangan UMNO.

7. Pemuda telah merosakkan imej UMNO dan imej orang Melayu sendiri. Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara. Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal? Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia.

8. Juga saya hairan kenapa untuk mengira hanya 790 undi mengambil masa lebih dari enam jam?

9. Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri. Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai. Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa.

10. Ini juga menghakiskan lagi kepercayaan rakyat kepada UMNO.

11. Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah.

sumber: chedet.co.cc

3 ulasan:

  1. Saya fikir tk payah tuding sana sini orag tu perasuah...umpama sebuah keluarga dalam satu kampong..ada seorang yang fikiranya terlalu kehadapan termasuk datuk ketua kampong kepada ketua kampong tk boleh berfikiran seperti dia.sudah tentulah dia sentiasa di tentang oleh dtuk atau ketua atau ahli keluarga..kalau dia buat sikit silap pasti dia akan di herdik dan dtengkeng sekuat hati meskipun ada juga keluarga lain termasuk dari keluarga di rumahnya sndiri yang tersilap umpama pemandu melintas lampu isyarat merah di tengah malam yg tiada kereta lain melainkan dia sja...inilah asam garam ahli poliik!

    BalasPadam
  2. mamak gila penumpuan media. kasihan malaysians ditipu mamak selama ni bahawa dia seorang melayu.

    BalasPadam
  3. Bisa digelar THE GREATEST PRETENDER dalam sejarah atau-.
    The Master of Mudah Lupa. atau Master of kungfu "Tai Chi ".U tolak pada I , I tolak balik pada u.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...