Sabtu, Mac 14, 2009
PAK PANDIR BELI PROTON EXORA
Suatu hari,pak pandir ajak mak andeh ke bandar.hajat pak pandir nak beli sebuah kereta.Anaknya sengaja di tinggalkan kerana takut penjual kereta tak nak jualkan kereta kepadanya.Dalam Perjalanan Pak Pandir bertanya la pada si mak Andeh, "ko rasa,orang tu nak tak jual kereta pada aku andeh?" mak Andeh pun menjawab "kenapa pulak tidak?" Pak Pandir pun berkata "Ye la,mane tahu penjual tu ingat aku tak ada duit,sebab nak bagi ko dan anak aku makan"..
Sampai di kedai tersebut,Pak Pandir terus memilih sebuah model kereta yang baru berada di pasaran iaitu MPV Proton Exora .Setelah segala urusan selesai,Pak Pandir bawa la pulang kereta berkenaan dengan harapan dapat menunjuk dengan Pak Kadok. Tapi tak sampai 1jam,Pak Pandir datang semula kekedai berkenaan dengan marah2.
"Apa ni encik,jual kereta yang dah rosak?"
"Cuba encik tgk lampu ni,asal saya nak belok, tak pernah elok.asyik berkelip-kelip jer."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...