Jumaat, Mac 20, 2009

POLIS BIKIN JEM




Aku bertolak dari KL pukul 5 petang semalam menuju Taiping.Aku ke sana bukan bertujuan nak dengaq ceramah ka apa.Aku ke sana kerana ada tugas.Apa barang nak ke Taiping dari KL semata-mata nak dengaq ceramah.

Selepas keluar dari plaza tol Changkat Jering kira-kira pukul 8 malam,kenderaan mula tidak bergerak selepas satu kilometer dari plaza tol.Dalam hati aku kata ini mesti ceramah PR punya hal la ni.Tak pa la.Lagipun kerja start pukul 1200 malam.Tak da hal la,layan jem sambil bakar rokok dalam kereta.Biasala orang beriman mesti kena banyak bersabaq beb.hehehee..

Lebih kurang satu jam kereta bergerak macam kura-kura demam,baru aku nampak penyebab jem,rupa-rupanya polis yang buat sekatan jalan yang bikin jem.Bukannya jem sebab ceramah.Hampas kunyit betul la..Depa tak bagi ceramah dengan alasan nak elak jem,tapi aku tak nampak pun sebarang ceramah kat kawasan tu.





Yang aku nampak hanyalah berpuluh-puluh trak polis dengan anggota dilihat disebelah kiri jalan berhampiran stesyen shell.Aku tak tau apa dah jadi kat situ.Tengok suasana aman damai saja.Tak nampak pun rusuhan.Aku ternampak sekor anjing,macam relek saja dok jalan-jalan kat tepi jalan tu.Biasanya binatang lebih awal menyelamatkan diri kalau ada tsunami atau bencana.Aku tertanya-tanya kenapa ada sekatan jalan raya yang menyebabkan kesesakan hampir 5 kilometer.Pengguna jalan raya terpaksa menghabiskan masa berjam-jam tanpa sebab yang munasabah.Apa rasionalnya?

2 ulasan:

  1. polis wat roadblock xdk tujuan..mmg mngundang kemarahan pengguna....

    BalasPadam
  2. polis wat roadblock sbb nak bg org ramai malas dtg ceramah. Dan sbb nak bagi penceramah dtg lewat ke tmpt ceramah.so, sekejap jela time nak bg ceramah.kul 12 dah kena tutup..biase la.. polis....

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...