Isnin, Mac 23, 2009

SERPIHAN PLAK JANA RM61,000



SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA PEMBIDA-PEMBIDA YANG BERJAYA MEMBELI SERPIHAN PLAK TUGU DEMOKRASI DALAM SATU MAJLIS LELONGAN SEMALAM.JUTAAN TERIMA KASIH JUGA KEPADA PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB (TIDAK BERTANGGUNGJAWAB SEBENARNYA)MEMECAHKAN PLAK INI MENJADI LIMA SERPIHAN YANG DAPAT MENJANA PENDAPATAN SEHINGGA RM61,000.JIKA TIDAK DIPECAHKAN TEMPOHARI,HARGANYA TIDAKLAH MENCECAH ANGKA ITU.IBARAT KATA KARAM SINGH "KALAU TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG MANAKAN DAPAT SAGUNYA"



Hasil Lelong dan Sumbangan Plak Demokrasi RM61,000.

Ahad, 22 Mac 2009 22:07

Lima kepingan serpihan ‘plaque’ tugu peringatan pokok demokrasi dimana berlangsungnya sidang DUN Tergempar yang telah dihancurkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah berjaya dilelong.


Harga tertinggi yang berjaya dikutip dari lelongan itu ialah RM 17,100.00, yang ditawarkan oleh seorang ahli perniagaan dari Johor yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Lee.

Tetapi dia memberitahu para wartawan di lokasi, beliau hanyalah proksi kepada seorang kawannya, namun tidak mahu menghurai lebih lanjut.



Walau bagaimana pun, adalah dipercayai, pemilik ukiran daripada batu mar-mar hitam itu kini adalah seseorang yang berasal dari bandar Diraja, Kuala Kangsar.

Lelongan tersebut telah di anjurkan oleh DAP dan dilancarkan oleh Menteri Besar Pakatan Rakyat, YAB Dato’ Seri Nizar Jamaludin.

Frankie Wong dari DAP telah bertindak sebagai jurulelong dalam majlis yang berlangsung kira-kira sejam, disaksikan sama oleh pihak polis dan juga cawangan khas.



Majlis tersebut diadakan di bawah sebatang pokok Sena di Persiaran Istana bertentang dengan bangunan Perak Darul Ridzuan.

Keseluruhan jumlah kutipan dari lelongan tersebut serta sumbangan dari orang ramai berjumlah kira-kira RM61,000.00.

“Ia (kutipan lelong) akan digunakan untuk membina tugu peringatan baru yang lebih kukuh bagi demokrasi,” kata Nizar.

BULETINONLINE.NET

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...