Isnin, Mac 02, 2009

Sidang DUN Perak sah: Chan

KUALA LUMPUR, 2 Mac (SK): Peguam speaker Dewan Undangan Negeri Perak Chan Kok Keong mengesahkan bahawa sidang DUN esok adalah sah dari segi perundangan amalan komonwel.

Demikian kata beliau di dalam sidang akhbar yang diadakan di bilik menyuarat Ipoh semalam.

Chan berkata Speaker DUN V Sivakumar mempunyai kuasa penuh untuk memanggil sidang tergempar walaupun dengan hanya memberi notis tujuh hari.

Peguam Saiful Izham Ramli berkata pernah terjadi sidang tergempar di Parlimen dengan notis tidak sampai 14 hari memanggil semua ahli bersidang di luar waktu persidangan.

Menurut sumber yang dipercayai, jika pihak polis akan mengepung atau menghalang persidangan esok, namun dewan akan terus bersidang.

“Jika ini terjadi, maka Kerajaan Barisan Nasional mencemar sistem demokrasi,” jelas beliau kepada Suara Keadilan.

SUARA KEADILAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...