Isnin, Mac 02, 2009

SURAT LAYANG PUN DEPA LAYAN




DAH TAKDAK KERJA UMNO NI,SURAT LAYANG PUN DEPA LAYAN.INILAH AGENDA PERJUANGAN UMNO SEPANJANG 52 TAHUN MERDEKA.ENTAH-ENTAH SURAT LAYANG DEPA BUAT SENDIRI.NAMA PUN SURAT LAYANG.BOLEH DILAYANGKAN OLEH SAPA-SAPA SAJA.

KONONNYA UNTUK MEMPERTAHANKAN RAJA-RAJA MELAYU,HINGGAKAN SURAT LAYANG YANG DATANG MELAYANG PUN BOLEH DIJADIKAN BAHAN.KESAHIHAN SURAT LAYANG ITUPUN BELUM DITENTUKAN LAGI.BEGINILAH CARA MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU YANG DIAMALKAN OLEH UMNO.MUDAHNYA MEREKA BERJUANG.

DEPA TAK TERPIKIR KA JIKA SURAT LAYANG INI TERBUKTI PALSU NANTI,MAKA USAHA MEREKA MENCARI PUBLISITI MURAHAN DENGAN SURAT LAYANG INI JUGA BOLEH DIKATAKAN MEMPERMAINKAN RAJA-RAJA MELAYU.KENAPA HARUS MEMPERBESARKAN ISU SURAT LAYANG YANG DATANG MELAYANG?
NAK JADI CHAMPION PUN CARI LA CARA LAIN BEB!!!BUAT MALU KAT UNGKA SAJA HANGPA NI.

Pemuda BN Kedah serah memo bantah hina Sultan

ALOR SETAR: Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Kedah, hari ini menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri sebagai tanda bantahan terhadap dakwaan berlakunya penghinaan terhadap Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.


Ketua Pemuda Umno Kedah, Mohd. Rawi Abdul Hamid, yang mengetuai 50 anggota Pemuda BN negeri termasuk MCA, MIC dan Gerakan, menyerahkan memorandum itu kepada wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Mohd Rizal Mohd Radzi, di Wisma Darul Aman di sini, kira-kira pada pukul 10.30 pagi.


Mohd. Rawi berkata, penyerahan memorandum itu adalah susulan daripada tindakan laporan polis yang dibuat di bahagian masing-masing sebelum ini, selepas Setiausaha Pemuda Umno Kedah, Haris Che Mat mendakwa menerima surat layang mengandungi dialog antara seorang Exco dan pegawai kanan kerajaan menghina Sultan yang telah dipos ke rumahnya 23 Februari lalu.


"Sementara menunggu pihak polis menyiasat kes ini, kami menyerahkan memorandum ini sebagai membuktikan ketegasan dalam mempertahankan institusi Raja-raja Melayu.


"Kandungan memorandum termasuklah usul supaya memecat Exco yang didakwa terlibat dan berharap pihak Istana menarik balik semua pingat kebesaran yang dianugerahkan kepadanya," katanya kepada pemberita di sini hari ini. BERNAMA

1 ulasan:

  1. KAITAN MURSHIDAH DENGAN BEKAS ADUN BKT SELAMBAU YB ARUMUGAM

    http://murshidahmustafa.blogspot.com/

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...