KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini memfailkan saman terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan tiga lagi pihak di Mahkamah Tinggi di sini.
Beliau memfailkan saman tersebut berikutan penahanan dan tindakan memenjarakan beliau September lalu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dikatakan salah dan tidak mengikut undang-undang.
Kok adalah antara tiga individu yang ditahan pada 13 September lalu di bawah ISA kerana disyaki terlibat dalam perkara-perkara yang memudaratkan keselamatan negara.
Beliau bagaimanapun dibebaskan enam hari kemudian.
SUMBERhttp://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/3/13/mstar_berita/20090313100238&sec=mstar_berita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...