Sabtu, Mac 07, 2009

TOLONG TANAM POKOK UNTUK ADUN BN 2012



WOW!!! BERITA MENARIK DARI NEGERI PERAK.APA JENIS POKOK YANG NAK DITANAM AKU PUN TAK TAU.MUNGKIN POKOK DURIAN,POKOK PETAI ATAU POKOK RAMBUTAN ATAU LAIN-LAIN SPESIS YANG BERDAHAN RENDANG.POKOK KELAPA ATAU POKOK DURIAN AKU RASA TAK SESUAI DITANAM SEBAB TAKUT BUAH DIA JATUH ATAS KEPALA MASA TENGAH BERSIDANG NANTI.KALAU POKOK CERI KIRA "A" LA SEBAB BOLEH JADI TEMPAT BERTEDUH.

POKOK-POKOK INI DITANAM BUKAN UNTUK PAKATAN RAKYAT YANG NAK BERSIDANG,TAPI BE END YANG AKAN MENGGUNAKAN POKOK INI NANTI BILAMANA DEPA TEWAS PADA PRU KE 13.LEPAS PRU KE 13 NANTI GILIRAN DEPA PULAK YANG AKAN MENGGUNAKAN POKOK-POKOK INI,SEBAB TU PAKATAN RAKYAT TOLONG TANAM SEKARANG NI.PADA TAHUN 2012 NANTI SEMPAT LA POKOK TU BESAR DAN RENDANG.JADI BILAMANA SPEAKER PAKATAN LARANG DEPA MASUK DEWAN,MAKA KAT BAWAH POKOK NI LAH DEPA AKAN BERSIDANG.AMBIK OBAT LA...

JANGAN ADA YANG MINTA INJUNKSI MAHKAMAH MELARANG DITANAM POKOK DI SITU SUDAH LA,SEBAB USAHA MURNI MENANAM POKOK INI TIDAK PERLULAH DIPOLITIKKAN.SEKARANG NI SEMUA MAIN MAHKAMAH SAJA.MANA BOLEH SETTLE KAT KEDAI KOPI BEB.SILAP SIKIT LAPORAN POLIS.LEPAS TU MASUK TV 3SUKUN UNTUK DIWAR-WARKAN SECARA ADIL DAN SAKSAMA,KUNUNNYA LA. MAKIN MELUAT MAKIN SYOK TENGOK TV 3SUKUN NI,SEBAB DEPA PANDAI MMMOHONG DAN AUTA.SATU LAGI AKU SUKA TENGOK MUKA PEMBACA BERITA TU MACAM TERSENGIH BILA DEPA KUTUK PAKATAN RAKYAT.KASI PANASSSS JE...


BERITA LANJUT:

Lima Pokok Ditanam Di Tapak 'Sidang Tergempar DUN Perak'


IPOH, 6 Mac (Bernama) -- Pakatan pembangkang di Perak akan menanam lima batang pokok ahad ini berhampiran sebatang pokok yang dijadikan tapak 'sidang tergempar' oleh 28 anggota Dewan Undangan Negeri pada Selasa lepas.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Nga Kor Ming daripada DAP, berkata lima pokok itu akan dinamakan sempena lima prinsip yang menjadi motto pakatan DAP, PAS dan PKR semasa ia mentadbir Perak sebelum bertukar kepada Barisan Nasional bulan lepas akibat tindakan tiga anggota pembangkang keluar parti masing-masing untuk menyokong BN.

Lima prinsip itu ialah keadilan, amanah, ketelusan, wibawa dan kebajikan.

Nga berkata beliau menjangka tapak sidang DUN di bawah pokok itu bakal menjadi satu lokasi tarikan pelancong.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...