Jumaat, Mac 06, 2009
UMNO LEMAH DALAM PROPAGANDA?
UMNO lemah dalam bidang propaganda? Tak masuk akal langsung.Tak cukup ke dengan kementerian penerangan,media prima,utusan meloya dan sebagainya lagi sebagai medium propaganda UMNO/BN? Macamana boleh kata lemah,setiap pagi kalau baca utusan ada saja cerita tentang keburukan Pakatan Rakyat,setiap malam pula Buletin Utama pula cucuk jarum. Mana pernah dalam sejarah Buletin Utama tunjuk benda-benda baik yang dibuat oleh Kerajaan Kedah.Kalau ada wartawan yang datang jumpa pun nak tanya pasal benda-benda yang kontroversi seperti batang balak dan ladang barby.
Sebenarnya rakyat menyampah dengan UMNO bukan kerana propaganda pembangkang.Jangan menyalahkan orang lain jika orang tak suka pada kita.Ambil cermin,lepas tu cerminkan diri UMNO sendiri.Ambil kertas pasir,lepas tu gosok karat UMNO sendiri.
Rakyat sekarang dah tak heran dengan perang psikologi.Mereka dapat melihat dengan jelas setiap tindak-tanduk yang bertentangan dengan amalan demokrasi.Hangpa serang la macamana pun kalau rakyat tak suka,tarak guna beb.Hangpa hunuslah keris sebesar keris di Stadium Bukit Jalil pun rakyat takkan gentar.
Kenapa UMNO perlu kuat dalam propaganda? Propaganda bukannya benda baik. Tapi aku tak heran kenapa UMNO nak kuatkan propaganda sebab UMNO bukannya parti yang baik pun.Padan la.
Rujukan Berita:
Umno Perlu Wujud Pasukan Perang Psikologi Tangkis Dakwaan Pembangkang
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Barisan Nasional terutamanya Umno perlu mewujudkan pasukan perang psikologi bagi menangkis dakwaan negatif pembangkang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.
Anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata selain itu, strategi, integriti dan kredibiliti parti perlu ditingkatkan bagi menarik perhatian rakyat.
"Masalah kita adalah kita benarkan persepsi dan tanggapan negatif masyarakat terhadap kita berpanjangan. Bila dah berakar umbi, lebih susah untuk kita keluar dari keadaan itu," katanya pada sidang media di Angkasapuri di sini.
Syed Hamid berkata pewujudan pasukan perang psikologi juga boleh mematangkan parti dan menangkis sebarang tanggapan negatif masyarakat terhadap parti.
"Apabila ada sesuatu yang berlaku mesti ada tindakan pantas yang akan menghilangkan dan meredakan persepsi yang salah terhadap kita.
"Kita lemah dalam bidang penerangan serta lemah dalam propaganda penerangan sedangkan parti pembangkang kuat dalam propaganda walaupun mereka tidak ada penerangan," katanya.
-- BERNAMA
Mind-set penonton dan pembaca sekarang ini...
BalasPadamApa sahaja yang disiarkan oleh Media Arus Perdana (RTM, TV3, Utusan M, Berita H dan seangkatan dengannya) terutama berkaitan berita Utama, politik dan Sensasi maka rakyat Malaysia akan memikirkan sebaliknya....
Contoh: kalau Media Arus Perdana ini kata hitam maka mind-set rakyat Malaysia (termasuk orang kampung) akan menterjemahkan sebagai putih.
Kalau Media UMNO ni (contoh TV3)kata "UMNO tiada politik wang" maka mind-set rakyat Malaysia (termasuk orang kampung) akan menterjemahkan sebagai "UMNO paling banyak politik wang".
Sebab pemikiran manusia berasaskan resam/tabiat (sebab dan akibat semasa...)
contohnya: kalau sesorang itu diketahui orang suka menipu, maka selamanya orang akan menganggap dia penipu walupun pada suatu hari dia bercakap benar (kerana dia pada permulaannya dia pernah membangkit sesuatu isu, tetapi selepas disiasat diketahui terbukti ianya berbohong ---> penipu)...
Seperti kata perpatah:
mula-mula bercakap bohong lama-lama mencuri...
mula-mula membuat propanganda fitnah lama-lama mencuri duit/hak rakyat...
Sorry terlampau banyak sangat contoh....
Makanya rakyat tak dapat diperbodohkan dengan sewenang-wenangnya sebaliknya media umno yang jadi bodoh...
BalasPadam