YANG INI BOLEH,..TAK DAK HAL PUNYA,JANJI RAMAI ORANG MAI TENGOK.KECIK-BESAQ TUA MUDA BOLEH PAKAT TENGOK RAMAI-RAMAI.
Gadis seksi pancing undi BN?
BN memancing sokongan pengundi Cina di parlimen Bukit Gantang dengan konsert gadis manis berimej seksi yang mengiringi ceramah menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Tiga artis Cina menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu menteri agama itu berucap, mendorong 1,500 penonton lebih banyak memberikan tumpuan kepada konsert itu yang diadakan sempena majlis makan.
Konsert gadis berseluar pendek hitam dan singlet biru muncul di kempen BN malam tadi di Kampung Baru Kuala Sepetang, sebuah perkampung nelayan di DUN Kuala Sepetang bawah kawasan parlimen itu.
Selain Ahmad Zahid, calon BN Ismail Saffian turut menyampaikan ucapan.
Dalam ucapannya, timbalan pengerusi Umno Perak mendakwa sokongan masyarakat Cina terhadap BN dalam pilihanraya kecil semakin bertambah.
"Sokongan pengundi Cina, mengikut laporan, semakin bertambah sekarang ini. Kerajaan pusat mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.
"(Sokongan bertambah) setelah kita mengangkat semua masalah (mereka) ini kepada menteri berkenaan. Dan tindakan segera sedang dilakukan," katanya.
Tambahnya, kerajaan telah mengenal pasti beberapa masalah utama nelayan di kawasan itu, termasuk gangguan lanun dan tentera Indonesia, masalah subsidi petrol dan operasi bot haram.
Tindakan lanjut sedang diusahakan kementerian yang berkaitan, tambahnya.
Beliau turut menafikan undi sesuatu kaum tertentu menjadi faktor penentu keputusan pilihanraya kali ini.
"Semua kaum menjadi penentu. Dan semua undi penting, sama ada undi Cina, India atau Melayu. Dalam keadaan pilihanraya umum, lebih lagi pilihanraya kecil, kita tidak boleh abaikan mana-mana undi, daripada mana-mana kaum.
"Satu undi pun sangat bermakna (kepada BN) dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang ini," katanya.
Ditanya keberkesanan pendekatan nyanyian dan tarian yang digunakan BN bagi menarik pengundi Cina, Ahmad Zahid berkata, ia "harus dihormati kerana sebahagian daripada budaya Cina."
malaysiakini
description: pas,keadilan,umno,dsai,anwar,nizar,nik aziz,najib,zambry,ismail,umno,bn,pas,pkr,dap,bukit selambau,bukit gantang,batang ai,pilihanraya kecil,parlimen,dun,sg.petani,kedah,perak,sarawak,polis,fru
Biaqpila...apa ada hal.
Hoho nasib baik tak buat untuk komuniti Melayu.
BalasPadamKa ada?