Selasa, April 14, 2009

APA JADI DENGAN SARANAN NIK AZIZ PADA 2007?




14 April 2009-0530 pagi,Bas Ekspress terbalik di Km443 di kawasan selekoh berdekatan susur keluar Rawang mengorbankan 6 orang.

Pihak berkuasa hanya menjadi hangat-hangat taik ayam bila kejadian berlaku dan kemudian menjadi sejuk-sejuk tahi kucing kemudiannya.Saranan demi saranan diberi namun perlaksanaannya tiada yang kekal.

Tuan Guru Nik Aziz MB Kelantan pada tahun 2007 juga pernah meyarankan sesuatu yang baik namun tiada perlaksanaan dari pihak berwajib.

Tok Guru Minta Hentikan Perjalanan Bas Ekspres Waktu Malam

Dikirim pada Ogos 21, 2007 oleh editor

KOTA BHARU, 21 Ogos 2007: Kerajaan negeri Kelantan mencadangkan supaya bas ekspres dilarang melakukan perjalanan pada waktu malam bagi mengelak berulangnya kes kemalangan melibatkan pengangkutan awam itu.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Kementerian Pengangkutan melaksanakan peraturan itu berikutan banyak kes kemalangan melibatkan bas ekspres sejak kebelakangan ini termasuk kemalangan maut.

“Kita harap pemandu terutamanya pemandu bas ekspres lebih berhati-hati, jaga keselamatan diri dan orang lain.

“Dalam masa yang sama kami (kerajaan negeri) harap kerajaan (pusat) kaji semula perkara ini (perjalanan bas ekspres), harap jangan lagi bagi berjalan waktu malam. Pemandu biasanya mengantuk kerana malam sebenarnya waktu untuk tidur dan berehat, bukan untuk bekerja,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau mengulas kemalangan membabitkan bas ekspres yang semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini termasuk kejadian hari ini, seorang lelaki rakyat Kemboja maut manakala empat yang lain parah apabila bas ekspres yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik di Kilometer 30.3 Jalan Kuala Krai-Gua Musang, pada pukul 1 pagi.

Nik Abdul Aziz berkata perjalanan pada waktu siang lebih praktikal kerana lebih banyak kenderaan di jalan raya yang menyebabkan pemandu akan lebih berhati-hati dan memandu dengan perlahan.

Kemalangan terbaru bas ekspres paling teruk berlaku pada 13 Ogos lepas yang menyebabkan 22 maut setelah bas itu terbabas dan terbalik di KM 229 Lebuh Raya Utara-Selatan, di Bukit Gantang. //BERNAMA

sumber: jiwokelate.wordpress.com

description: pas,keadilan,umno,dsai,anwar,nizar,nik aziz,najib,zambry,ismail,umno,bn,pas,pkr,dap,bukit selambau,bukit gantang,batang ai,pilihanraya kecil,parlimen,dun,sg.petani,kedah,perak,sarawak,polis,fru,altantuya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...