Rabu, April 15, 2009

Bila Umno Tak Sedaq Diri

TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO KEDAH MENGGUNAKAN KEMUDAHAN DIRAJA DI LAPANGAN TERBANG SULTAN ABDUL HALIM, ALOR SETAR.



Berikut adalah kenyataan akhbar Setiausaha Politik YAB MB

Saya sangat kesal atas tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Dato’ Seri Mahdzir Khalid yang dengan sewenang-wenangnya menggunakan kemudahan DiRaja yang terdapat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar.
Perkara ini berlaku ketika Timbalan Perdana Menteri mengadakan lawatan di Alor Setar pada hari Sabtu, 11 April 2009 lalu. Kedua-dua tokoh berkenaan telah menduduki kerusi (set sofa) yang dikhaskan kepada KDYMM Tuanku Sultan Kedah di Kompleks Bunga Raya, lapangan terbang tersebut. Rakaman peristiwa ini turut disiarkan dalam siaran berita TV tempatan.
Saya merujuk kepada tohmahan pihak pimpinan Umno satu ketika dahulu berkenaan isu penggunaan payung kuning yang jelas bukannya Payung DiRaja tetapi digembar-gemburkan oleh media kononnya YAB. Menteri Besar Kedah telah menghina institusi DiRaja. Padahal, sangat jelas bahawa pihak yang mengiringi YAB. Menteri Besar hanya menggunakan payung yang kebetulan berwarna kuning yang diletakkan di pintu keluar Kompleks Bunga Raya untuk mengelak dibasahi hujan pada ketika itu.
Saya ingin memberi ingatan kepada pihak UMNO dan media pro-BN khususnya TV3 yang mengembar-gemburkan ‘isu payung kuning’ supaya tidak bersikap ‘double standard’ dalam hal ini memandangkan kedua dua tokoh UMNO itu seolah-olah menganggap mereka setaraf dengan KDYMM Tuanku Sultan dengan menggunakan kemudahan itu.
Bukankah tindakan ini adalah satu penghinaan kepada institusi istana?Ingatan saya juga ditujukan kepada kedua-dua tokoh tersebut agar tidak menjadi seperti ‘ketam yang mengajar anak berjalan betul’.


Yang benar


MUHAMMAD SANUSI BIN MD NOR
Setiausaha Politik
kepada YAB Menteri Besar Kedah

aduntgdawai.blogspot.com

1 ulasan:

Sendiri mau ingat...