Isnin, April 06, 2009

BUKIT GANTANG : Gangguan Seksual Terhadap Serikandi KeADILan- Pemuda Umno

Gangguan Seksual Terhadap Serikandi KeADILan- Pemuda Umno

Monday, 06 April 2009 11:26
[ Breaking News ] Sikap biadap pimpinan Barisan Nasional dan Pemuda Umno semakin terdesak apabila saat saat akhir hari pengundian hanya tinggal 5 jam lagi.

Bukit Gantang-pemuda Umno dan Barisan Nasional bertindak melondehkan salah seorang petugas serikandi ketika mereka sedang mengedarkan risalah di sekitar Parlimen Bukit Gantang daerah simpang.

Pihak Malayadaily telah menghubungi Ketua Serikandi Pusat Siti Aisyah untuk mendapatkan respons beliau dan ketika ini beliau masih di Ibu Pejabat Polis Daerah Simpang untuk memebuat laporan.

Hal ini juga telah sampai ke pengetahuan Ketua Wanita Keadilan Pusat YB Zuraida Kamaruddin untuk di ambil tindakan. Tindakan tidak bermoral pihak Barisan Nasional di lihat semakin biadap menjelang saat saat akhir dan mereka seolah terdesak apabila peluang kemenangan semakin tipis bagi pilihan raya kecil Bukit selambau.

Sebelum ini Aisyah memberitahu mereka cuba menakut nakutkan jentera serikandi dengan mengekori pergerakan mereka dan pernah sekali mereka meninggalkan nota di kenderaan serikandi berkenaan. Dua laporan polis telah di buat dan setakat ini tiada tindakan di ambil.

sumber: www.malayadaily.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...