Isnin, April 06, 2009
Bukit Gantang : MOHON RESTU RAKYAT dan BANTAL KEKABU ASLI
Jika kita melawat sekitar Bukit Gantang ketika ini,kita pasti terpesona dengan berbagai poster,bendera serta kain rentang sempena pilihanraya kecil P059.Ketika kunjungan ke sana Jumaat lalu,Skuad BIAQPILA sempat merakam papantanda yang kelihatan berjiran antara satu sama lain.Kedua-dua papantanda tersebut mempunyai motif serta agenda tersendiri.Dua papantanda tersebut ialah papantanda "MOHON RESTU RAKYAT" dan "BANTAL TILAM KEKABU ASLI".Kedai menjual bantal kekabu ini juga mengambil kesempatan berperang poster sempena pilihanraya kecil ini.Aku rasa papantanda bantal kekabu ni lebih banyak dari poster calon bebas.
Antara papantanda "MOHON RESTU RAKYAT" dan "BANTAL TILAM KEKABU ASLI" yang mana lebih betul ataupun jujur? Dah tentu papantanda "BANTAL TILAM KEKABU ASLI" yang betul atau jujur.Sebabnya bila kita pergi lagi 100 meter di hadapan mesti kita akan jumpa gerai jual tilam dan bantal kekabu.Kekabu asli pulak tu.
Manakala papantanda "MOHON RESTU RAKYAT" hanyalah slogan mee segera sempena pilihanraya.Lepas pilihanraya slogan tu akan expired dengan sendirinya.Itu yang tak betulnya papantanda tu.Yang peliknya kenapa perlunya mohon restu rakyat pulak? Habis tu dah lebih 52 tahun memerintah negara baru nak pohon restu ke? Ataupun pohon restu sebab telah merampas negeri Perak dari Pakatan rakyat baru-baru ni?Aik dah rampas baru nak minta restu? MOHON RESTU BANTAL KEKABU lagi baguih la...
Biaqpila...apa ada hal.
description: pas,keadilan,umno,dsai,anwar,nizar,nik aziz,najib,zambry,ismail,umno,bn,pas,pkr,dap,bukit selambau,bukit gantang,batang ai,pilihanraya kecil,parlimen,dun,sg.petani,kedah,perak,sarawak,polis,fru
Rakyat bukit gantang akan kata: "Kami tak merestui apa yang telah kamu lakukan selama 52 Tahun lalu". BN akan malu besar jika pengundi B-Gantang menolak calon mereka dengan menggunakan slogan yang boleh dikata "makan tuan".
BalasPadam