Pokok Demokrasi Dicabul Lagi
Kira-kira jam 9.30 pagi teman dikejutk dengan panggilan telefon yang menyatakan pihak DBI sedang buat kerja di pokok demokrasi kita. Teman bergegas bangun dan bersiap untuk ke lokasi...
Setiba teman di lokasi kelihatan terdapat satu lori DBI sedang menurunkan pokok ficus (kalau tak silap teman) di bawah pokok demokrasi kita tu...
Rupernya dah ada sesi menanam pokok ficus disekiling tapak pokok demokrasi perak ini sebelum ini. Pokok yang ditanam sebelum ini kelihatan hampir layu dan nak mati...
Terdapat beberapa kelibat orang awam yang melihat pekerja-pekerja DBI ini menanam pokok tersebut sambil menggelengkan kepala...
Mereka ini tidak mempedulikan keadaan sekeliling lagi lalu terus-terusan menanam pokok untuk memenuhi kawasan keliling pokok demokrasi tersebut...
Pada pengamatan teman tak kurang dari 30 pokok ficus ini telah ditanam disekeliling pokok demokrasi ini
Teman sempat bertanya kepada pekerja DBI yang bertugas ketika itu, beliau berkata, beliau pun tidak tahu sebab apa mereka dikerahkan untuk menanam pokok disitu... mereka hanya menerima arahan untuk tanam pokok tersebut disitu...
Ikut pengalaman teman, pokok yang ditanam ini berdaun rimbun, pokoknya tidak tumbuh tinggi sangat. Kalau ditanam rapat-rapat sedemikian akan menyebabkan tiada ruang untuk berdiri lansung dikeliling pokok demokrasi tersebut...
Pada pandangan teman, kejadian ini adalah bertujuan untuk menghalang sebarang aktiviti dilakukan di bawah pokok itu lagi. Dengan penanaman pokok tersebut juga akan membunuh secara perlahan pokok demokrasi tersebut kerana semua nutrient dalam tanah akan diserap oleh pokok yang baru ditanam. walaupun tidak akan mati tetapi akan menyebabkan kekurangan nutrient. Namun teman tak nafikan yang pokok yang baru tanam mungkin akan mati juga sebab gagal bersaing dengan akar pokok demokrasi ini...
Teman gagal memahami apa yang dipikiorkan oleh pihak yang berkenaan sampai boleh terpikior nak buat camni demi kat pokok demokrasi ini... nampak benor bencinyer deme terhadap pakatan rakyat yang telah menaiktarafkan pokok yang tak saper nak mandang nih ke mata rakyat Malaysia khususnya dan rakyat dunia amnya...
p/s penyakit hati adalah penyakit yang paling bahaya dalam apa juang perjuangan... sama-sama la kita berdoa agar hati-hati mereka ini akan sembuh dan turut sama bersama berjuang bersama kita... amin..
anje-online.blogspot.com
description: pas,keadilan,umno,dsai,anwar,nizar,nik aziz,najib,zambry,ismail,umno,bn,pas,pkr,dap,bukit selambau,bukit gantang,batang ai,pilihanraya kecil,parlimen,dun,sg.petani,kedah,perak,sarawak,polis,fru,altantuya
Hahaha... biar pokok pokok kecil yang ditanam disekeliling pokok demokrasi itu akan melambangkan ADUN sedang bersidang... dan rakyat yang mengelilinginya... hehhehe serba tak kena kepada BN/UMNO...
BalasPadamDepa takut akan ada lagi persidangan bawah pokok selepas sivakumar dipecat dari speaker kot..
BalasPadamBiar pi la depa nak taman apa pun.. Jangan depa wat giant hypermarket kat bawah pokok tu sudah laaa...
BalasPadam