Sabtu, April 04, 2009
Bukit Selambau: 3,029 pengundi hantu berjaya dikesan
Md Zahari Ali
SUNGAI PETANI, 4 April (SK): Sistem Mengesan pilihanraya (SISMEP) dari sayap pemuda KeADILan berjaya mengesan 3,029 pengundi di Dun N25 Bukit Selambau.
Timbalan Aangkata Muda KeADILan (AMK) merangkap Pengerusi Sismep, Fariz Musa berkata angka tersebut merupakan angka paling ramai yang berjaya di kesan dalam sejarah pilihanraya kecil di negara ini.
“Ini merupakan salah satu sejarah dalam pilihanraya kecil Dun yang mencatat pengundi hantu paling ramai,” kata Fariz
Menurut Fariz di Taman Bandar Baru dicacatkan terdapat 3 544 pengundi berdaftar oleh SPR tetapi 2,215 atau 64% adalah pengundi hantu.
“Ada rumah yang mencatatkan 76 pengundi dalam satu rumah, 774 pengundi hantu juga dikesan di Taman Peruda, 15 di Air Mendidih, 13 di Bandar Laguna dan 12 di Bukit Selambau.
“Semua ini telah kita buat laporan kepada Pejabat SPR di Kuala Muda pada 1 April lalu bersam beberapa pihak yang mewakili tuan rumah yang mana alamat rumah mereka digunakan untuk tujuan terbabit.
“Tapi sampai saat ini tiada satu tindakan susulan di buat oleh polis atau pun SPR,” jelas Fariz.
Sehubungan itu Fariz juga mencabar bekas ketua Pemuda Umno, Hishamuddin Hussein dan Bekas Menteri Besar Kedah, Mahathir Khalid supaya tampil kehadapan untuk mencabar beliau kerana sebelum ini kedua-dua mereka menyelar beliau untuk mengemukan bukti kewujudan pengundi hantu di N25 Bukit Selambau ini.
suarakeadilan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...