Rabu, April 01, 2009

BUKIT SELAMBAU: SKUAD AMK KESAN RUMAH HANTU YA

Gempar: Pilihanraya Kecil Bukit Selambau, Skuad AMK Kedah Dan Timbalan Ketua AMK Fariz Musa Mengesan Rumah Didiami 42-56 Orang Penghuni !!


BUKIT SELAMBAU [11.45 pm] - Beberapa jam selepas bekas Menteri Besar Kedah, Mahathir Khalid dengan bangganya mencabar supaya pemimpin Pakatan Rakyat mengemukakan bukti kononnya ada "pengundi hantu" di kawasan itu. Beberapa jam kemudian Skuad AMK Kedah bersama Timbalan Ketua AMK, Saudara Fariz Musa (foto) telah membuat satu serbuan ke Taman Bandar Bharu dekat sini. Berita gempar telah diperolehi apabila rumah yang dipercayai sarang pengundi hantu telah berjaya dikesan oleh mereka. Akhirnya terbukti kini bahawa pemimpin UMNO itu cuba untuk sekali lagi menipu rakyat. Menurut maklumat, rumah yang dikesan itu mempunyai 42 orang penghuni. Selepas disiasat ternyata penghuni terbabit tidak menetap di situ sebenarnya. Turut dikesan ialah sebuah lagi rumah yang didiami 56 orang penghuni yang menggunakan alamat yang sama.


SUMBER: pahangdaily.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...