Sabtu, April 04, 2009
BUKIT SELAMBAU: SUASANA SELEPAS HUJAN
Petang kelmarin ketika dalam perjalanan dari Alor Setar ke Kuala Lumpur,aku singgah sekejap di Sungai Petani untuk mengambil gambar-gambar perang poster dun Bukit Selambau.Namun setiap kali aku sampai di sana,hujan turun.Asal sampai saja hujan turun,hujan turun saja aku sampai.
Oleh kerana kesejukan di dalam kereta,aku tak tertahan lagi terasa nak buang air kecil yang telah dipendam sejak keluar dari tol.Peritnya terasa macam dah 12 tahun tak kencing.Akhirnya aku mengambil tindakan nekad,berhenti di stesyen Petronas berhampiran Bangunan Gayathiri.Stesyen Petronas menjadi stesyen rasmi aku,sebab tandas mereka bersih berbanding lain-lain stesyen.Begitu juga ketika ingin bersolat,semua stesyen Petronas mempunyai surau yang bersih.
Di stesyen Petronas itu,kelihatan orang-ramai terutama penunggang motosikal termasuk anggota polis trafik sedang berteduh di stesyen Petronas tersebut.Aku tahu saat menunggu hujan berhenti memang membosankan,kerana aku juga pernah jadi penunggang motosikal.Hujan semakin lebat,aku keluar dari kereta dan terus berlari ke belakang stesyen minyak mencari tandas.Selepas lega aku meneruskan perjalanan meronda.
Suasana petang itu redup jadi gambar-gambar yang dirakamkan menggunakan kamera hp nokia n73 aku agak kurang jelas.
description: pas,keadilan,umno,dsai,anwar,nizar,nik aziz,najib,zambry,ismail,umno,bn,pas,pkr,dap,bukit selambau,bukit gantang,batang ai,pilihanraya kecil,parlimen,dun,sg.petani,kedah,perak,sarawak,polis,fru
Biaqpila...apa ada hal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...