KALAU HANGPA MASIH INGAT,MASA PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PAUH DULUPUN ARIFF SHAH HARAP TUAH PADA NOMBOR.AKU TAK INGAT DIA CALON NOMBOR BERAPA SEBAB AKU BUKAN KAKI NOMBOR EKOR.KAT KUALA TERENGGANU PUN DEPA KATA DAPAT NOMBOR YANG BERTUAH JUGAK.SEBAB TU DEPA KALAH,ADA KA HARAPKAN TUAH PADA NOMBOR.KALI NI PUN NAMPAK GAYANYA KALAH LAGI LA.ADA KA NOMBOR BOLEH BAGI TUAH.
PADA ERA BLOGGERS NI PUN MASIH ADA YANG MENGHARAPKAAN TUAH PADA NOMBOR.SEPATUTNYA ORANG ISLAM HARAPKAN PADA ALLAH UNTUK MEMBERI KEMENANGAN.
Hishammuddin Harap Tuah Nombor Lapan Bantu Ganesan
SUNGAI PETANI, 2 April (Bernama) -- Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengharapkan tuah nombor lapan akan membantu kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Datuk S. Ganesan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau Selasa ini.
"Saya dah diberi contoh kertas pengundian nanti dan calon kita (Ganesan) yang diundi sebagai calon kelapan diletakkan di tengah-tengah kertas pengundian dan ini memberikan kelebihan kepada kita," katanya selepas melancarkan Gerak Gempur Wanita Barisan Nasional (BN) di Bilik Gerakan Taman Ria Utara di sini, Khamis.
Hishammuddin, yang diletakkan sebagai calon nombor lapan pada pemilihan Umno minggu lepas, berharap tuah nombor itu akan turut dirasai oleh Ganesan.
"Nanti kita akan beritahu pengundi tentang pengundian supaya tiada yang keliru tetapi yang penting di tengah-tengah nanti pangkahlah dacing (lambang BN).
"Sebenarnya memang kami bimbang sebab terlalu banyak sangat calon yang bertanding nanti tetapi saya yakin lambang dacing itu bukanlah asing kepada pengundi dan kedudukan di tengah-tengah itu akan memudahkan mereka membuat pilihan," katanya.
Selain calon BN dan PKR, terdapat 13 calon bebas bersaing merebut kerusi DUN Bukit Selambau, satu rekod dalam sejarah pilihan raya negara ini sebagai paling ramai calon bertanding.
Sementara itu, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata jentera Wanita BN yang digerakkan sebagai pasukan muhibah mendapat maklum balas positif daripada penduduk setempat.
"Seronok apabila pasukan muhibah kami diterima baik penduduk, lagipun kami berkempen secara beradab tanpa memutar belitkan fakta... Kita sudah letakkan calon yang serius dan bukannya calon yang lari," katanya.
Katanya konsep muhibah itu akan diteruskan pada pilihan raya akan datang.
Pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau diadakan berikutan peletakan jawatan wakil rakyat PKR V. Arumugam pada 8 Feb lepas, yang menghilangkan diri sehingga ke hari ini.
-- BERNAMA
description: pas,keadilan,umno,dsai,anwar,nizar,nik aziz,najib,zambry,ismail,umno,bn,pas,pkr,dap,bukit selambau,bukit gantang,batang ai,pilihanraya kecil,parlimen,dun,sg.petani,kedah,perak,sarawak,polis,fru
Biaqpila...apa ada hal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...