GERAM JANGAN ENGKAU GERAM...
BERMACAM RAGAM...
Hukum Wakil Rakyat Letak Jawatan Tanpa Sebab Munasabah : Mukhriz
KOTA BAHARU, 21 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dicadang mengenakan hukuman terhadap wakil rakyat yang meletak jawatan sesuka hati tanpa alasan yang kukuh.
Anggota Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata perbuatan meletak jawatan dalam kalangan Anggota Parlimen atau Anggota Dewan Undangan Negeri pembangkang dengan sewenang-wenangnya, kini seolah-olah menjadi trend bagi memastikan parti mereka sentiasa mendapat perhatian.
Perbuatan itu katanya merugikan rakyat dan negara kerana pilihan raya kecil memerlukan perbelanjaan besar setiap kali diadakan, selain mewujudkan suasana tidak selesa dalam kalangan penyokong parti-parti yang bertanding.
"Kita ingat dulu di Permatang Pauh, (Presiden Parti Keadilan Rakyat), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan begitu mudah walaupun sihat, menyerahkan jawatan kepada suaminya (Datuk Seri Anwar Ibrahim), maka berlakunya pilihan raya kecil di situ.
"Apa (hukuman) yang dianggap wajar, terpulanglah kepada SPR. " kata Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada pemberita selepas merasmikan satu bengkel usahawan wanita di sini hari ini.
Mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan negeri Pulau Pinang kawasan Penanti yang dikosongkan oleh Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat, Mukhriz berkata beliau setuju dengan bapanya, Tun Dr Mahathir, supaya Barisan Nasional bertanding dalam pilihan raya kecil di situ walaupun BN sedang memikirkan untuk tidak meletakkan calon kerana membantah tindakan penyandang kerusi itu melepaskannya tanpa alasan yang kukuh.
"Mungkin ada baiknya kita bertanding di situ. Tapi saya rasa geram jugalah, geram kerana mereka (pembangkang) seolah-olah setiap bulan nak ada pilihan raya kecil," katanya.
--BERNAMA
Orang gilakan kuasa baru said that!
BalasPadamjika meletakkan jawatan Dun atau Parlimen lagi dapat sokongan padu ,bermakna ,sekarang ni yang hanya tahu pakai duit rakyat untuk memmancing undi punya helah tidak laku lagi.
dan adakah BN menyalahkan semua penggundi termasuk penyokong BN yang keluar menggundi pada pilihan kecil yang disebabkan perletakan jawatan oleh wakil rakyat PKR?
Ini amat memalukan ,betul?