Rabu, April 22, 2009

GERAM SEBAB UMNO BN ASYIK KALAH



Geram jangan engkau geram ( geram geram )
Geram bermacam ragam ( bermacam ragam )
Kerana suka kerana marah
Janganlah kau geram

*Tolong nyanyi ikut rentak lagu nyanyian Black Dog Bone.Stereo where available.


Hukum Wakil Rakyat Letak Jawatan Tanpa Sebab Munasabah : Mukhriz


KOTA BAHARU, 21 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dicadang mengenakan hukuman terhadap wakil rakyat yang meletak jawatan sesuka hati tanpa alasan yang kukuh.

Anggota Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata perbuatan meletak jawatan dalam kalangan Anggota Parlimen atau Anggota Dewan Undangan Negeri pembangkang dengan sewenang-wenangnya, kini seolah-olah menjadi trend bagi memastikan parti mereka sentiasa mendapat perhatian.

Perbuatan itu katanya merugikan rakyat dan negara kerana pilihan raya kecil memerlukan perbelanjaan besar setiap kali diadakan, selain mewujudkan suasana tidak selesa dalam kalangan penyokong parti-parti yang bertanding.

"Kita ingat dulu di Permatang Pauh, (Presiden Parti Keadilan Rakyat), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan begitu mudah walaupun sihat, menyerahkan jawatan kepada suaminya (Datuk Seri Anwar Ibrahim), maka berlakunya pilihan raya kecil di situ.

"Apa (hukuman) yang dianggap wajar, terpulanglah kepada SPR. " kata Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada pemberita selepas merasmikan satu bengkel usahawan wanita di sini hari ini.

Mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan negeri Pulau Pinang kawasan Penanti yang dikosongkan oleh Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat, Mukhriz berkata beliau setuju dengan bapanya, Tun Dr Mahathir, supaya Barisan Nasional bertanding dalam pilihan raya kecil di situ walaupun BN sedang memikirkan untuk tidak meletakkan calon kerana membantah tindakan penyandang kerusi itu melepaskannya tanpa alasan yang kukuh.

"Mungkin ada baiknya kita bertanding di situ. Tapi saya rasa geram jugalah, geram kerana mereka (pembangkang) seolah-olah setiap bulan nak ada pilihan raya kecil," katanya.

--BERNAMA

OK SEKARANG KITA BERKARAOKE PULAK....




Biaqpila...apa ada hal.

2 ulasan:

  1. Awat semua statement pemimpin UMno macam IQ kanak-
    kanak tadika. (Pakai Hentam) Jangan lah takut dekat bayang-bayang sendiri.

    Kalau Adun atau Ahli Parlimen nak buat salah , mana kita nak tahu ? Selepas berkuasa baru kita akan nampak.

    Kalau kita sudah nampak , kita kena ambil tindakan macam Pemimpin Pakatan cakap dan buat.
    Undang2 rimba mana2 pun tak mampu dan layak memberitahu sekian orang akan korup.

    Jangan nak bodohkan saya dengan minda yang cetek
    dan statement yang tahap rendah. Kalau undang2 rimba ini disuluh ke UMno maka separuh dari mereka sepatutnya disingkir.

    Masa undi mereka sedar mereka2 ini adalah hamba rakyat dan merayu , melutut , menyembah mohon restu rakyat. Bila dah tamat masa mengundi mereka akan merubah identiti dalam sekelip mata.

    Nasihat aku dekat Nazri dan Mukriz , jangan lah bodoh sangat gali kubur sendiri sebab anda diperhatikan , malah makin manyampah dan meluat.

    Sebenarnya anda telah ketingalan bas , tapi kerana anda kelebihan kekayaan yang telah disedekah oleh rakyat

    Harap anda naik kapal terbang dan masuk kedalam bas sebelum ia sampai ke detinasinya. Kalau masih nak jalan kaki dengan selamba maka anda akan bayar harganya....bungkoiiiiii laaaa.

    BalasPadam
  2. Ketinggalan Bas tak pe dik,tapi seorang pemimpin yang lari daripada tanggungjawab kerana ada kepentingan sebenarnya lagi bahaya.

    tak tahu la jika awak dulu kecik-kecik IQ lebih rendah daripada Nazri dan Mukriz, suka baling batu sembunyi tangan,kemudian tak ngaku..tup..tup..tup cabut lari pi luar negara untuk mengemis ehsan agar kepentingan diri dapat tercapai..

    Sifat itu lebih teruk daripada sifat seorang yang memberikan pandangan seperti mereka.

    Jangan mudah kata orang sifat-sifat yang keji,sudah molekkah gaya bahasa awak itu sendiri?Dari segi penulisaan awak sendiri pun seperti orang yang tak setaraf untuk komen Nazri atau Mukriz.

    Moga-moga, pilihlah pemimpin yang benar-benar bertanggungjawab untuk laksana tugas negara bukan suka hati letak jawatan bila rasa diri itu terancam kerana bau busuk sendiri dah dapat dibau oleh orang lain.

    Moga perindahkan lagi bahasa dan IQ mu ye..Amin.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...