Isnin, April 13, 2009

LIMA RAHSIA KEKALAHAN UMNO BN DI BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBAU




UMNO BN masih tercari-cari alasan yang konkrit berhubung kekalahan yang datang bertimpa-timpa sejak pilihanraya umum lalu.Di sini terdapat beberapa rahsia kekalahan UMNO BN yang terpaksa dibocorkan demi untuk menyelamatkan UMNO BN itu sendiri.


1)UMNO BN tidak menggunakan wang ringgit semasa berkempen.Jentera kempen perlu diberi wang ringgit barulah jentera itu boleh bergerak dengan licin.

2)UMNO BN tidak menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik sepertimana Pas.

3)UMNO BN tidak menggunakan media arus perdana untuk berkempen.Sumber media yang ada seperti rtm dan tv3 perlu diperkudakan sepenuhnya untuk menyampaikan segala keburukan pembangkang supaya rakyat jangan mengundi pembangkang.

4)Pemimpin UMNO BN rajin sangat turun ke kampung-kampung sewaktu tiada pilihanraya.Sepatutnya bila ada pilihanraya baru turun melawat kampung-kampung,kerana pada ketika itu barulah rakyat berasa dekat dengan pemimpin.

5)Projek mee segera perlu dihidangkan ketika pilihanraya.Pada pilihanraya 2 Bukit 1 Batang tiada langsung projek mee segera yang dihidangkan kepada rakyat di Bukit Selambau,Bukit Gantang dan Batang Ai.Ternyata pemimpin UMNO tidak berbohong apabila menyatakan tiada lagi projek mee segera selepas perhimpunan agung UMNO baru-baru ini.Inilah kesilapan besar apabila tiada projek mee segera untuk merangsang rakyat untuk mengundi BN.


Cukuplah 5 rahsia didedahkan untuk tatapan umum.Jika diumumkan lebih banyak rahsia lagi dibimbangi akan menyebabkan penyokong PR akan memboikot blog ini.Kahkahkiok!!!..

Kalau nak tau lagi rahsia kena bayaq la.....



Biaqpila...apa ada hal.

description: pas,keadilan,umno,dsai,anwar,nizar,nik aziz,najib,zambry,ismail,umno,bn,pas,pkr,dap,bukit selambau,bukit gantang,batang ai,pilihanraya kecil,parlimen,dun,sg.petani,kedah,perak,sarawak,polis,fru,altantuya

1 ulasan:

Sendiri mau ingat...