Sabtu, April 25, 2009

Mekanik didakwa lakukan seks ganas terhadap isteri

Oleh Zaitie Satibi

KUANTAN: Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas dua tuduhan melakukan seks ganas terhadap isterinya dengan memukul, menampar dan menyepak di seluruh anggota badan serta meliwat wanita itu ketika melakukan persetubuhan.

Tertuduh, Khairulhisam Abdul Khalid, 34, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah sebaik kertas pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Hassan Ghani.

Mengikut pertuduhan pertama, Khairulhisam didakwa melakukan serangan seksual terhadap isterinya berusia 33 tahun sehingga menyebabkan kecederaan, jam 3.15 petang, 19 April lalu.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan hubungan seks dan aktiviti seksual tidak diingini pasangan apabila meliwat isterinya lima minit selepas melakukan kesalahan pertama.

Dia yang tidak diwakili peguam dituduh melakukan perbuatan itu di rumah mereka di No 39, Jalan 4, Taman Kampung Padang Jaya, Kuantan, sebelum isterinya yang tidak tahan dengan perlakuan ganas itu membuat laporan polis.


hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...