Rabu, April 29, 2009
NIZAR ADA HARAPAN
Hakim tolak permohonan Zambry diisytihar MB sah
28 April 2009
Jalan pintas yang cuba diguna oleh Menteri Besar (haram) Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk diisytiharkan sebagai menteri besar yang sah, gagal apabila Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan ‘Pele’ Pulau Pangkor itu.
Keputusan yang sudah tentu amat ‘mengejutkan’ Zambry itu dibuat oleh kelima-lima hakim. Dalam penghakiman tersebut, mereka sebulat suara berpendapat kes itu perlu dirujuk dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi bukan Mahkamah Persekutuan.
Zambry dipercayai berbuat demikian disebabkan tidak percaya dengan diri sendiri, fobia dan tertekan dengan gelombang rakyat yang tidak mengiktiraf beliau sebagai MB yang sah di Perak.
Senario ini dapat dilihat jelas bahawa kemana sahaja beliau pergi, rakyat mencemuhnya dan menggelarnya sebagai “MB haram”.
Dalam kes yang difailkan oleh Zambry beberapa hari yang lepas, beliau menuntut Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir:
1) Sama ada Sultan Azlan Shah mempunyai kuasa menolak permohonan Nizar untuk membubarkan DUN apabila beliau hilang kepercayaan DUN.
2) Apabila Sultan tidak mempersetujui permintaan Nizar, adalah dianggap Nizar dan EXCOnya telah meletak jawatan.
3) Apabila Nizar tidak mahu meletak jawatan, Sultan mempunyai hak untuk melantik Zambry berdasarkan Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, selepas Sultan berpuas hati Zambry mendapat kepercayaan DUN.
Zambry mahu Mahkamah Persekutuan membuat pengiktirafan bahawa beliau merupakan Menteri Besar Perak yang sah dari tarikh perlantikannya iaitu 6 Februari 2009. Zambry membuat permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
Dengan itu, kes permohonan Zambry bagi mengisytiharkannya sebagai MB yang sah akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Sultan Azlan Shah lantik Zambry ikut kaedah betul.
BalasPadamKalau ikut hukum hudud, akur kepada pemerintah(sultan) adalah wajib, kalau siapa ynag melanggarnya wajib dikenakan hukuman.
Jadi, harap saja penyokong PAS, tapi ILMU HUDUD pon tak penuh kat dada. Allah itu Maha Kuasa, yang maha TAHU betul atau salah..
Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah
BalasPadamkpd yg pertama komen kt atas tadi..
BalasPadamhudud lain.bab yg lu ckp bukan termasuk dalam hudud.lu mmg tarak faham.so dah nampak yg lu mmg taktau apa pon tntng masalah yg terjadi di perak.
Ntah, tiba-tiba duk cakap pasal hudud, takder kena mengena dengan bab pemerintahan..kalau tak tahu jangan menyibuk.. pi main jauh jauh!
BalasPadam