Ahad, April 26, 2009
NIZAR BLOG: MAJLIS KESYUKURAN DAN BERTEMU PENGUNDI
Alhamdulillah selepas diberi kemenangan oleh Allah S.W.T di Bukit Gantang pada 7 April baru ini, banyaklah majlis dan program kesyukuran serta doa selamat yang di buat di setiap UPU di ketiga-tiga DUN Trong, Changkat Jering dan Kuala Sepetang.
Terpaksa jugalah hadir bagi meraikan pengundi yang berhajat sangat termasuk yang bernazar seperti berpuasa, cukur kepala, sembelihan dll. Apa yang luar biasanya ialah kesemua majlis tersebut dihadiri setiap lapisan rakyat India, Cina dan tentunya Melayu dari semua partipun ada termasuk BN.
Saya berasa cukup terharu apabila ramai ahli dan penyokong MCA, MIC dan UMNO turut serta. Ini yang amat memberangsangkan walaupun mereka terpaksa menunggu berjam-jam sewaktu panas terik dan tengah malam, cuma janjinya saya sampai juga.
Saya juga mengambil kesempatan untuk menerangkan status terkini perihal tindakan perundangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang akan mula bicara pada 23 April walaupun asalnya mahkamah menetapkan 5 dan 6 Mei nanti. Namun Peguam Negara (Ghani Patail) mencelah dan mendesak supaya dicepatkan perbicaraan. Tak tahulah apa muslihat mereka! Saya hanya berserah dan amat mengharapkan doa serta munajat kesemua rakyat jelata bagi memulihkan pergolakan politik /krisis Perlembagaan di Perak akibat kerakusan UMNO merampas kuasa kerajaan Pakatan Rakyat pada 5 Feb 2009.
Saya juga sempat melancarkan buku karanagan Bloggers Network Perak berjudul "RAMPASAN KUASA NEGERI PERAK DURJANA UMNO-BN" Siapa Menteri Besar Perak yang SAH mengikut Undang-Undang? Terima kasih tidak terhingga kepada semua Bloggers Perak Network. Syabas dan salam perjuangan.
Pada 19 Apr, saya dan isteri hadir di Istana Iskandariah bagi menghadiri Hari Anugerah Bintang Kehormat sempena Keputeraan Paduka Seri Sultan Perak. Saya dan rakan-rakan Pakatan Rakyat dari DAP, PAS dan PKR turut hadir dari 8 pagi hingga 2 petang. Bahkan pada 24 Apr ini saya akan hadir bersama DYMM Sultan Perak di Lumut (Pengkalan Tentera Laut) meraikan majlis bersama Angkatan Tentera Laut.
Angkat sumpah di Parlimen pula ditetapkan pada 15 Jun 2009. Persidangan DUN pula dijadualkan pada 7 Mei. Inipun satu lagi kemusykilan kerana Setiausaha Dewan panggil mesyuarat tanpa persetujuan YB Speaker DUN.
kamparinn.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...