Isnin, April 27, 2009
Nizar vs Zambry: Adakah permohonan untuk 9 panel hakim akan diluluskan?
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mahu panel sembilan hakim bagi mendengar permohonan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk Mahkamah Persekutuan memutuskan siapa Menteri Besar Perak yang sah.
Peguam Mohammad Nizar, Leong Cheok Keng, ketika dihubungi hari ini, berkata bahawa beliau telah menghantar surat kepada setiausaha bagi Ketua Hakim Negara Tan Sri Zaki Tun Azmi Rabu lepas dengan memohon panel hakim yang besar untuk mendengar perkara itu.
Antara alasan yang diberi untuk menyokong permohonan itu adalah perkara itu mempunyai kepentingan awam dan mereka mahu mengimbas semula isu aplikasi atau kesahihan Perkara 63 Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Leong berkata panel lima anggota hakim sebelum ini telah membahaskan Perkara 63. Mahkamah telah menetapkan Selasa ini untuk mendengar permohonan Zambry.
Adakah permohonan untuk 9 orang panel hakim akan diluluskan? Atau perkara yang sama seperti kes Speaker Perak akan diulangi dalam kes Nizar? Seluruh dunia sedang memerhatikan pekembangan undang-undang negara baru-baru ini.
speakforperak.blogspot.com
Mungkin tunggu Linggam buat keputusan dari Dr. M. Mr One Malaysia ikut saja!
BalasPadam