Rabu, April 01, 2009
PAKATAN RAKYAT BOLEH MENANG TANPA ALTANTUYA DI BUKIT GANTANG,BUKIT SELAMBAU,BATANG AI
Amaran: Jangan sentuh,nanti meletup!!!Pi main jauh-jauh.
Kita jangan jadi penakut macam UMNO.Dengan nama Altantuya pun depa takut.Takpa kalau tak boleh sebut isu Altantuya kita sebut isu Aminah.Itu nama Islam Altantuya.Apa ada hal,PR boleh menang walaupun tak 'merakyatkan' Altantuya.Satu Malaya dah tau paa.Kalau tak sebut isu Altantuya pun memang UMNO dah dihantui oleh ketakutan.Lepas ni isu UMNO pun depa larang jugak disebut dalam ceramah.
Macamana pulak dengan isu Kugan? Mungkin depa terlupa kot.Nampak sangat UMNO dah mengidam sangat nak menang.Dah tak tahan sangat nak merangkul kejuaraan pilihanraya kecil setelah tewas 2 kali di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.Tapi nafsu UMNO yang membuak itu mungkin tidak kesampaian kerana sejak akhir-akhir ini UMNO selalu turun sebagai pasukan underdog.Kalau nak dicongak,di atas kertas pun susah nak menang apatah lagi di gelanggang sebenar lagi payah.
Oleh kerana nafsu membara UMNO inginkan kemenangan,habis semua depa ni senarai hitamkan.Ceramah pun depa tak bagi penyokong mai ramai-ramai.Kalau melimpah-ruah orang mai,pihak polis akan ambik tindakan.Ceramah mat ezam boleh la pakai syarat-syarat tu sebab tak sampai 20 orang yang mai dengaq.Dia buat ceramah kat dalam bilik tidoq pun lepaih kalau setakat 20 orang.Ini puluh ribu mana muat suruh buat ceramah dalam rumah.Patut kena adjust la bab tu sebab ceramah PR ni popular melebihi artis.Konsert rock ular kapak pun tak boleh lawan dengan ceramah DSAI atau Mat Sabu.
Lepas tu kena balik sebelum pukul 11 malam. Mat rempit yang balik pukul 5 pagi tak dak sapa pun yang ambik tau.Nun kat disko-disko yang tak balik-balik pun ada.Tak dak hal pula.
La ni macam ni lah,kalau hangpa nak menang sangat wajibkan semua rakyat kat Bukit Selambau,Bukit Gantang dan Batang Ai supaya pangkah BN.Kalau tak pangkah BN kena letup dengan C4.Habih cerita.
Biaqpila...apa ada hal.
KALAU TAK ADA KAITAN DENGAN MANA-MANA PIHAK KENAPA NAK TAKUT SEBUT NAMA SESEORANG. DALAM KES INI 'ALTANTUYA'. KALAULE BETUL TAK DE KENA MENGENE, 'BIAQPILA' KAN... HARU BETUI DEPA NI. DAH DILARANG SECARA TERANG-TERANGAN PUN KALU PENGUNDI TAK PAFAM2 TAK TAU LA...
BalasPadam