POLITIK BARU yang dipelopori oleh PAS pada PRK Bukit Gantang benar-benar memikat hati pengundi Bukit Gantang. Walaupun BN terus menggunakan cara POLITIK LAMA dengan melakukan serangan peribadi, mengugut pengundi, merasuah pengundi, memancing undi dengan projek mee segera, memperkudakan agensi kerajaan, memperkudakan media massa dan sebagainya, pengundi telah sedar dan matang bahawa negara memerlukan stail POLITIK BARU yang menjaminkan kelangsungan bangsa dan negara.
PAS dengan POLITIK BARU tenang menghadapi POLITIK LAMA dan lapuk BN. Sebaliknya PAS dan PR menawarkan pengundi dengan pendekatan baru yang mesra rakyat, cuba memahami masalah rakyat, berkongsi kesusahan kesengsaraan rakyat, menyedarkan rakyat tentang kuasa yang mereka miliki, memahamkan rakyat erti kemerdekaan sebagai rakyat serta juga membentangkan kepada rakyat peri pentingnya negeri Perak dikembalikan kepada PR dengan menjadikan Bukit Gantang sebagai pencetus kesedaran rakyat.
Selain itu rakyat semakin sedar tentang siapakah penderhaka Raja Melayu yang hakiki serta semakin faham bahawa BN merompak dan menafikan hak rakyat yang melantik PR sebagai kerajaan negeri Perak. Semua ini berjaya dilakukan oleh PR menerusi jentera kempen PR yang tersusun, komited, sistematik dan sabar. Di tambah pula dengan calon PR yang hebat, mesra rakyat, teruji, berilmu dan berkarisma maka kerja-kerja ini menjadi semakin mudah.
Menurut maklumat risikan PR kini mendahului BN dengan agak selesa. Ada pendapat menyatakan bahawa 60 % pengundi telah memihak kepada PR sehingga semalam. Dianggarkan PR akan mendapat kira-kira 25,000 undi manakala BN hanya memperolehi kira-kira 18,000 undi. Andaian ini dibuat jika peratusan undi adalah kira-kira 78 %.
Setakat ini dilaporkan kira-kira 49 % pengundi melayu cenderung undi mengundi PAS manakala 70-76 % pengundi Cina dan India akan mengundi PAS.
al-futhuhat.blogspot.com
description: pas,keadilan,umno,dsai,anwar,nizar,nik aziz,najib,zambry,ismail,umno,bn,pas,pkr,dap,bukit selambau,bukit gantang,batang ai,pilihanraya kecil,parlimen,dun,sg.petani,kedah,perak,sarawak,polis,fru
jgn mudah berbangga dengan penilaian awal. teruskan perjuangan hingga ke titisan darah terakhir.
BalasPadamAllahu Akbar!
Jaguh kampung akan berkata begini : 'Akulah yang terhebat di kalangan wira yang ada'. Jaguh dunia akan berkata begini : ' Aku akan membawa bangsa dan negaraku ke kemuncak dunia'. Jaguh politik akan berkata : ' Aku pasti kuasa rakyat akan memberi aku peluang berada di takhta.' Jaguh ilmu akan berkata : ' Semulia-mulia insan di muka bumi Allah ini ialah yang membawa kebaikan kepada orang lain'. Jaguh sebenar akan berkata begini: 'Aku hanya mampu berusaha, yang menentukan adalah Yang Maha Kuasa'.
BalasPadam