Isnin, April 20, 2009
SELAIN UMNO,MIC PUN HILANG KEPERCAYAAN RAKYAT JUGA
ALAMAK...SELAMA NI AKU INGAT UMNO JE YANG TELAH HILANG KEPERCAYAAN DARI RAKYAT. RUPA-RUPANYA MIC PUN TURUT DILANDA SINDROM YANG SAMA.KALAU INI MACAM SUSAH LA MACHA! PATUTLA DEPA TAKUT SANGAT BILA DENGAQ ADA PILIHANRAYA.AWAL-AWAL LAGI BAGI MACAM-MACAM ALASAN.MEMBAZIR LA,SANDIWARA LA.TAU PULAK PERKATAAN MEMBAZIR.TU YANG GUNA DUIT RAKYAT SAMPAI BERJUTA-JUTA UNTUK LETAK POLIS JAGA PILIHANRAYA KAT KUALA TERENGGANU DAN 2 BUKIT 1 BATANG TU TAK MEMBAZIR KE NAMANYA? NAK LETAK POLIS TU BUKAN TAK BOLEH.TAPI PATUT-PATUT LA,BIAQ PADAN DENGAN EKONOMI SEMASA.
KAT SELANGOR HANGPA SURUH PULAK ELIZABETH WONG LETAK JAWATAN DAN BUAT PILIHANRAYA SEMULA.BILA PR TAK BAGI LETAK JAWATAN HANGPA KATA PILIH KASIH.APA YANG PR BUAT SEMUA HANGPA PUTAR BELITKAN MELALUI MEDIA PEMBELIT.PENDEK KATA PR TAK PENAH ADA YANG BETUL.
SEBAB TU RAKYAT MELUAT DENGAN HANGPA.
MIC Mahu Dapat Semula Kepercayaan Penduduk Kaum India
IPOH, 18 April (Bernama) -- Datuk Seri S. Samy Vellu berazam memberikan suntikan baru kepada MIC dengan merangka pelbagai bentuk reformasi dalaman bagi memulihkan kembali sokongan masyarakat India terhadap perjuangan parti itu.
Presiden MIC itu mahu melihat perubahan dan pembaharuan dalam masa 12 bulan ini dengan merapatkan barisan pemimpin dan ahli demi mengembalikan semula kepercayaan penduduk kaum India di negara ini terhadap parti itu.
Mengambil kira kehendak masa kini, Samu Vellu berkata parti itu akan mengadakan 176 perjumpaan di seluruh negara mulai bulan depan antara pemimpin parti dengan ahli bagi mendengar pandangan dan suara di peringkat umbi.
"Soal menyatupadukan semula ahli dan cadangan bernas dari ahli akan membantu pemimpin meneruskan kesinambungan usaha meningkatkan taraf hidup penduduk kaum India di negara ini," katanya di sini, Sabtu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah cemerlang pelajar Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Sekolah Tamil 2008 peringkat negeri Perak di Dewan Kolej Masterskills, Tasek, dekat sini.
Samy Vellu, bekas Menteri Kerja Raya itu, juga meminta pemimpin parti di peringkat kebangsaan dan negeri supaya bersedia mengubah cara berfikir dan menerima pandangan serta pendapat bagi mengeratkan hubungan dengan semua ahli.
Selain perjumpaan parti, katanya, mereka juga akan mendapatkan pandangan mengenai masalah dari persatuan, pihak pengurusan kuil dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi memantapkan lagi usaha memperjuangkan nasib masyarakat keturunan India di negara ini.
Beliau juga meminta semua 800 cawangan parti di negeri Perak menganjurkan program dan aktiviti masyarakat pada setiap hari Sabtu dan Ahad bagi memperkukuhkan perpaduan di kalangan ahli dan menarik minat ahli untuk membantu membina semula kredibiliti parti.
Pada majlis itu, seramai 150 pelajar yang mendapat keputusan 7A dalam UPSR tahun lepas menerima cenderamata.
-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...