Selasa, April 14, 2009

SESUAI KE MB TERAJUI UMNO NEGERI?


AKU DAH BOSAN...

MENARIK JUGA IDEA NI.SEBENARNYA BENDA NI TAK PERNAH UMNO TERPIKIAQ SEBELUM KEPUTUSAN PRU KE 12 MAC 2008 YANG LALU.RAMAI MENTERI2 TERMASUK MB YANG KENA REJECT DENGAN RAKYAT.KALAU REJECT MASUK REJECT SHOP OK JUGAK SEBAB LAKU LAGI.BILA MENTERI DAN MB KENA REJECT DENGAN RAKYAT DEPA DIGANTI ORANG LAIN TAPI JAWATAN PARTI TAK KENA REJECT TU YANG SUSAH NAK PIKIAQ TU...

WALAUBAGAIMANAPUN IDEA SUPAYA MB LEBIH SESUAI TERAJUI UMNO NEGERI HANYA BOLEH DIAPLIKASIKAN DI NEGERI-NEGERI YANG DIKUASAI BN. CUBA BAYANGKAN JIKA IDEA NI DIAPLIKASIKAN DI NEGERI-NEGERI YANG DIKUASAI PAKATAN RAKYAT. MB KEDAH USTAZ AZIZAN AKAN JADI PENGERUSI UMNO KEDAH.LIM GUAN ENG PULAK JADI PENGERUSI UMNO P.PINANG. HUHUHUHU...TU YANG AKU TANYA SESUAI KE?


RUJUKAN BERITA

Menteri Besar Lebih Sesuai Terajui Umno Negeri - Md Isa


KANGAR, 12 April (Bernama) -- Menteri Besar dan Ketua Menteri lebih sesuai dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno di negeri-negeri, kata Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu hari ini.

Jika menteri besar atau ketua menteri tidak dilantik sebagai pengerusi badan perhubungan Umno, katanya sudah pasti penyelarasan sukar dilakukan dalam hal-hal pentadbiran berkaitan politik.

Mengulas cadangan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam bahawa pentadbiran dan politik perlu disepadukan, Md Isa berkata sewajarnya pentadbiran dan politik di bawah satu kepimpinan di peringkat negeri.

"Terpulang kepada Presiden Umno untuk menentukan siapa yang akan dilantiknya sebagai peneraju Umno di negeri ini," kata Md Isa, yang juga Ketua Umno bahagian Kangar, ketika ditemui selepas melancarkan Unit Khidmat Penyayang Jabatan Kebajikan Masyarakat peringkat negeri Perlis di sini.

Pada masa ini, Badan Perhubungan Umno Perlis dipengerusikan oleh bekas menteri besar Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang juga Ketua Umno bahagian Arau.

Mengenai Unit Khidmat Penyayang itu, Md Isa berkata unit yang berperanan mengesan masyarakat terpinggir daripada menerima bantuan kebajikan akan bergerak dari kampung ke kampung bagi menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk permohonan bantuan, nasihat dan kaunseling, pendaftaran orang kurang upaya dan pusat bayaran bantuan.

Unit yang bergerak dengan kenderaan khas itu, kata beliau turut menyediakan perpustakaan permainan kanak-kanak, advokasi dan penerangan mengenai JKM dan unit operasi bencana.

-- BERNAMA




Biaqpila...apa ada hal.
description: pas,keadilan,umno,dsai,anwar,nizar,nik aziz,najib,zambry,ismail,umno,bn,pas,pkr,dap,bukit selambau,bukit gantang,batang ai,pilihanraya kecil,parlimen,dun,sg.petani,kedah,perak,sarawak,polis,fru,altantuya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...