Selasa, April 21, 2009

TV UMNO



Semua ahli UMNO mengharapkan perubahan.
Strategi mereka mudah. Jumpa rakyat, agihkan kekayaan negara.
Bila rakyat rasa kehadiran UMNO, maka UMNO sangka rakyat akan meyokong mereka.
Strategi mereka mungkin berjaya dan mungkin gagal.
Permatang Pauh, Kuala Trengganu dan Bukit Gantang menunjukkan UMNO tak berapa popular.

Bukan mudah menang dalam pilihanraya kecil. Nak tahu macam mana susahnya untuk menang, cuba lihat TV1, TV2 dan TV3 (TV UMNO). Kalau tengok TV, BN confirm menang, itu menunjukkan TV itu sedang berbohong.

Setiap kali UMNO kalah dalam pilihanraya kecil, keyakinan rakyat kepada mereka semakin pudar. TV mereka pun orang dah tak percaya.

Teringat satu kisah budak penjaga kambing. Bila terlalu kerap membohongi orang kampung, bahawa kambingnya akan dimakan serigala, lama kelamaan orang dah tak percaya pada budak UMNO tu.

TV UMNO pun begitu. Kalau ada 10 pilihanraya kecil, TV UMNO masih guna kaedah lama, lama kelamaan orang UMNO pun tak tengok TV. Mungkin orang UMNO akan kata TV pembohong.

adlyzahari

2 ulasan:

  1. dan sekarang pun saya tak tengok rtm 1,2 dan tv3 kerana mereka selalu bohong dan berita yang disiarkan dari sumber sebelah pihak saja.benda yang pembangkang buat bagi mereka semua tak betul,itu yang rakyat makin benci dan menolak bn tu.kalau nak rakyat sokong balik atau slogan satu malaysia berjaya,siar juga berita pembangkang dan bn 50-50,baru rakyat happy dan salute kerajaan.
    apa macam boleh buatkah rtm1,2 dan tv3.

    BalasPadam
  2. boleh buat.. tp susah la bro.. anak bini gua nk mkn ape bro? mcm mn dengan increment tahunan gua? anak bini gua sape nk tanggung bro.. xpe la gua pk dulu la bro..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...