Isnin, April 06, 2009
TV3 DAN RTM JIKA BERANI SIARKAN CERAMAH TERKINI DS ANWAR IBRAHIM
TV3 suku dan RTM yang merupakan talian hayat terakhir UMNO BN meneruskan tradisi berkempen untuk calon BN sempena 3 pilihanraya kecil ini.Terbaru media pengampu serta pembodek terbaik negara mengulang tayang ucapan DS Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1995.Dahsyatnya media pengampu ini bekerja,mereka sanggup mengorek kisah yang berlaku 14 tahun lepas demi memuaskan pemimpin UMNO BN yang menjadi pujaan dan pujian hati mereka.
Pada ucapan itu DS Anwar menghentam pembangkang seperti DAP dan PAS.Memanglah Anwar berhak bercakap seperti itu kerana dia berada dalam kerajaan BN.Takkanlah masa itu dia nak kutuk kerajaan BN seperti sekarang ini.Nak mampus! Benda itu berlaku pun sudah 15 tahun.Keadaan sudah berubah kini.Tidakkah TV3 suku dan RTM tahu yang DS Anwar telah menjadi pembangkang? Ternyata TV3 suku dan RTM cuba memperbodohkan rakyat menjadi seperti mereka yang telah lama terperangkap dalam sangkar kebodohan.
Jika mereka pandai tentulah mereka menayangkan kata-kata Najib semasa berucap pada perhimpunan UMNO baru-baru ini yang mengatakan BN tidak akan melaksanakan lagi projek
mee segera dan kemudian tunjukkanlah koleksi mee segera yang dihidangkan kepada pengundi di Bukit Gantang,Bukit Selambau atau Batang Air.Siapa yang lebih layak dianugerahkan pingat "cakap tak serupa bikin".
Media pembodek kelas tersendiri ini juga mengatakan DS Anwar sebagai talam dua muka.Terserlah lagi satu kebodohan media ini untuk memahami peribahasa yang dikatakan mereka itu.Adakah perbuatan yang dilakukan 15 tahun lepas dengan perbuatan yang dilakukan hari ini dalam suasana yang telah berubah boleh dikatakan talam dua muka? Tempoh 15 tahun masa yang lama di mana DS Anwar telahpun bertukar talam.Bagaimana mereka boleh mengatakan DS Anwar talam dua muka? Adakah TV3 dan RTM ini tidak kenal apa itu talam?
Kenapa TV3 suku dan RTM tidak mengatakan Tun Mahathir sebagai talam 18 muka bilamana dia sering keluar masuk UMNO?Jawapannya mudah,budak darjah 3 pun boleh jawab, iaitu Tun Mahathir dah jadi orang UMNO.TV3 suku dan RTM pantang menghina orang UMNO.Pada mereka orang UMNO semua macam malaikat,tiada dosa.Kalau orang PAS walaupun taraf ulama takdak hal bagi mereka untuk menghina.
Kepada TV3 suku dan RTM usahlah mengulangsiar ceramah DS Anwar pada tahun 1995 itu,jika berani siarkan ceramah terkini DS Anwar.Bila diulangsiar kisah lama,jadilah macam cerita lawak P.Ramlee.Hanya sesuai untuk bahan tertawa rakyat jelata.
Biaqpila...apa ada hal.
-------------------------------------------------------------------------------------
description: pas,keadilan,umno,dsai,anwar,nizar,nik aziz,najib,zambry,ismail,umno,bn,pas,pkr,dap,bukit selambau,bukit gantang,batang ai,pilihanraya kecil,parlimen,dun,sg.petani,kedah,perak,sarawak,polis,fru
tu nama dia dh kering modal.x de isu baru dh ke??? hahaha..mmg patut pn beruk tu layan sbb klo manusia dh x larat nk layan 2-2 stesen tu..tgu la korang klo BeeEnd jatuh nt...pandai2 la kornag nk survive nt.TV3..silap2 ko bungkus
BalasPadamhahaha... Kera Jantan kut...
BalasPadamto:PR people..
stakat baca quran PUTRI tau baca
linknye:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/penghormatan-yang-di-beri-penghinaan.html
Siap ko TV3..biler PR amik alih kerajaan...pasti kena tutup nya la....
BalasPadamkalo PR memerintah, kita jgn tutup tv3suku ni tp kta bg pluang supaya wat liputan @ mengampu puas2 psl BN ni tp siaran nye utk PUKUL 4.00 am hingga 5.00 a.m dh la...
BalasPadam