Ahad, April 05, 2009

UMNO buta hati sempit akal



Salah satu poster BN yang cuba mengelirukan rakyat
dengan tohmahan jahat dan tidak beretika


Ternyata sempitnya pemikiran UMNO-BN dalam mentafsir makna eksploitasi. Mereka ini tidak berapa faham tentang kesedaran dan eksploitasi dan dengan mudah menuduh Pakatan Rakyat yang menggunakan kanak-kanak untuk tujuan politik.
BN perlu banyak belajar tentang keperitan dan kesusahan rakyat. BN perlu banyak memahami kehendak rakyat dan mengapa rakyat tanpa mengira usia bangun untuk bersama-sama menyuarakan tentang ketidakpuasan mereka terhadap kepimpinan UMNO-BN selama ini.
Zaman ledakan maklumat tanpa sempadan menyebabkan kanak-kanak ini lebih awal faham dan tahu tentang kepincangan UMNO berbanding dengan sesetengah pak hangguk yang berada dalam saf UMNO yang hanya mengharapkan habuan sepanjang masa. Inilah sebenarnya kanak-kanak yang dilahirkan dalam era kebangkita rakyat. mereka ini bukan sahaj pelapis dalam menegakkan keadilan malah bertindak untuk menidakkan sebarang kemungkaran yang bakal dilakukan oleh UMNO-BN.
Kanak-kanak ini telah menjadikan ibu bapa mereka yang sama-sama berjuang menegakkan keadilan dalam Pakatan rakyat sebagai ikon penting. Mereka tidak mahu lagi berada dalam kepompong pemikiran sempit UMNO-BN yang memenjarakan setiap suara rakyat untuk menjelaskan kebenaran.
Ingatlah wahai UMNO-BN, kanak-kanak yang kamu tuduh sebagai bahan eksploitasi inilah yang akan meruntuhkan kerajaan zalim kamu nanti. mereka inilah bakal pemimpin dan pejuang yang tidak akan takut dengan ugutan dari UMNO. Bukan kanak-kanak yang beribu bapakan penyokong Pakatan Rakyat sahaja yang tahu tentang kezaliman UMNO-BN malah kanak-kanak yang beribu bapakan UMNO juga sudah faham tentang penipuan dan salah guna kuasa yang dilakukan dalam UMNO. Kalau tak percaya , tanya mereka da pasti mereka akan jawab bahawa pemimpin UMNO zalim dan rasuah. pada waktu itu jangan pula bersedih apabila anak UMNO sendiri sudah tidak mahu pada pemimpin UMNO yang rasuah.

Wallahuaalam

Pak katib

SUMBER:pakkatib.blogspot.com

description: pas,keadilan,umno,dsai,anwar,nizar,nik aziz,najib,zambry,ismail,umno,bn,pas,pkr,dap,bukit selambau,bukit gantang,batang ai,pilihanraya kecil,parlimen,dun,sg.petani,kedah,perak,sarawak,polis,fru
Biaqpila...apa ada hal.

3 ulasan:

  1. umno sudah sinonim dengan korupsi, rasuah dan politik wang. Jangan salahkan rakyat kalau mereka beranggapan begitu sebab faktanya banyak menjurus ke arah itu bahkan dalam perhimpunan umno yg baru berakhir pun perkara sudah diperkatakan dengan jelas olih semua pihak tetapi malangnya tindakan yg diambil macam melepaskan batuk di tangga.

    Tetapi yg peliknya ahli-ahli umno macam tidak tahu atau tidak dapat menilai pemimpin macam mana yg mesti dipilih menurut acuan islam. Umno kata memperjuangkan Islam tetapi, dan tetapi indah khabar dari rupa. Akhlak pemim[in mereka ramai yg diragui. Olih ingin saya bertanya, sebagai orang Islam kenapa masih menyokong sebuah pertubuhan/ parti yg mengamal kemunafikan seperti di atas. Apalah ertinya anda solat lima waktu tapi tidak dapat membezakan antara yg haq dan kebatilan. Berhijrahlah ke tempat yg aman dan damai.

    BalasPadam
  2. banner tu kt kedah eik...nk tanya...sape pembangkang kat negeri kedah ah?

    BalasPadam
  3. sbb kt kedah pong ada banner tuh...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...