Sabtu, April 11, 2009

UMNO NAK MEMINANG AHLI YANG DIGANTUNG SEUMUR HIDUP?



KOTA BAHARU, 10 April (Bernama) -- Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali menunggu 'pinangan' daripada pimpinan Umno, untuk membolehkan beliau kembali menyertai parti yang pernah dianggotainya sebelum dipecat tujuh tahun lepas.

"Saya tidak akan meminang Umno, kecuali Umno yang meminang saya. Hingga kini saya tidak ada ilham lagi (bila ia akan berlaku)," katanya kepada pemberita ketika ditanya kedudukannya sama ada mahu mengekalkan status sebagai satu-satunya anggota Parlimen Bebas atau ingin kembali semula kepada Umno.

Bagaimanapun, beliau menegaskan tidak akan terburu-buru menerima pinangan itu, sekiranya ada, dan akan mempertimbangkannya terlebih dahulu.

"Saya akan timbang semasak-masaknya terlebih dahulu kerana sebarang keputusan yang dibuat secara tergopoh-gapah akan menyebabkan seseorang cepat jatuh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-7, Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) di sini, Jumaat.

Ibrahim, 57, digugurkan daripada jawatan Ketua Umno Pasir Mas pada 22 Nov 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya seumur hidup dalam Umno kerana bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum ke-11, Mei 2004. Beliau bagaimanapun tewas kepada calon PAS, Ismail Noh.

Beliau sebelum ini membayangkan akan membuat 'satu kejutan' terhadap senario politik dan menunggu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melakukannya terlebih dahulu.

Dr Mahathir mengumumkan menyertai semula Umno semasa perhimpunan Agung Umno 2008, Mac lepas.


Bernama

7 ulasan:

  1. Tanpa Nama11/4/09 8:42 PG

    manusia ini mementingkan peribadi sahaja...jangan undi die lagi

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama11/4/09 8:55 PG

    slm...katak ni patut disingkirkan...dlm pru13 nanti taulah kau fikirkan diri je tak fikir kenapa org p.mas undi kau

    BalasPadam
  3. alamak..berahim ali?..dia kalau mahathir terjun laut,dia pun nanti ikut terjun juga...

    BalasPadam
  4. ini olang manyak suieee ooo, cilaka munya olang. antu itu kubuq pun ade takut mau kawan oo. siput babee munya ini olang ooo manyaak busssuuuk.

    BalasPadam
  5. mun betol-betol nak masuk umno,lihatlah pru 13 nanti,menangis tak berairmatalah kau.
    ingat rakyat boleh diperbodoh-bodohkan ke!
    sedar dirilah sikit orang tua oi.....

    BalasPadam
  6. Dah cerai talak tiga nak masuk meminang balik. Boleh,apa salahnya kalau itu boleh beri kemenangan yang lebih lagi kepada PR Kelantan di PRU 13 nanti.

    BalasPadam
  7. ibrahim meroyan...gila talak..silakan masuk umno berahim masuklah...pegi jauh2 dr PR org mcm kau ni x patut jadi YB jadi cleaner pun tak layak..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...