Sabtu, April 25, 2009
UMNO PAS: JOMHEBOH DPPKL MOHON SEMBAH DERHAKA
Kepada pihak penganjur,pihak Dppkl mohon untuk sembah derhaka !!
Pihak Dppkl telah memutuskan untuk mengambil beberapa tindakan segera untuk membendung kehadiran orang ramai khususnya anak-anak muda ke Konsert Jom Heboh yang akan membariskan beberapa artis terkenal tanah air yang bakal berlansung pada malam akhir program Jom Heboh anjuran TV3 di Kem TLDM Lumut.
Pihak Dppkl juga kesal dengan sikap Mufti negeri Perak yang sehingga ke saat ini masih membisu seribu bahasa dan belum mengeluarkan apa-apa kenyataan walaupun didesak oleh beberapa pihak.Beliau sebelum ini terkenal dengan fatwanya yang mengharamkan program Jom Heboh di Perak.
Pihak Dppkl juga dengan ini mendesak pihak penganjur supaya menghormati sensitiviti Umat Islam setempat dengan tidak menganjurkan perkara-perkara yang ditegah agama seperti acara konsert terbuka yang menggalakkan pergaulan bebas,percampuran antara lelaki dan perempuan tanpa batas,dan lain-lain perkara yang boleh menjejaskan dan merosakkan akhlak muda mudi.
Pihak Dppkl juga dengan ini meminta pihak penganjur bertanggung jawab sepenuhnya terhadap segala gejala buruk yang akan berlaku semasa dan selepas program tamat.
Pihak Dppkl juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada saudara Azhan Atan (Juara Akademi Nasyid TV9) kerana telah membatalkan kehadiran beliau ke program Jom Heboh ini.Beliau sebelum ini telah dijemput sebagai pembaca doa untuk majlis perasmian.Beliau telah memaklumkan perkara ini kepada Ketua Dppkl pada petang semalam.
Pihak Dppkl juga dengan ini menyeru orang ramai khususnya pihak berkuasa agama,pihak jawatan kuasa masjid dan surau berdekatan,pihak berkuasa agama TLDM (Kagat) dan masyarakat setempat yang amat prihatin dengan isu ini untuk turun bersama-sama Dppkl bagi membendung gejala maksiat seterusnya untuk menyedarkan para pengunjung dan juga pihak penganjur akan bahayanya kesan buruk jika program maksiat ini diteruskan.
Sekian.Sekali lagi sembah derhaka dipohon !!
dppklumut.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...