Sabtu, April 25, 2009

UMNO TERPAKSA GUNA PENGERUSI IMPORT

Pengerusi UMNO negeri orang luar, UMNO makin bermasalah.

Kelmarin Presiden UMNO yang baru, Najib Tun Razak mengumumkan senarai penuh penyandang jawatan dalam UMNO Malaysia . Senarai yang dikemukakan pada dasarnya menampakkan satu usaha untuk memulihkan dan menguatkan UMNO walau diselidik disebaliknya tetap mengundang masalah.

Negeri yang mendapat pengerusi UMNO negeri bukan dari negeri tersebut ialah Terengganu (Hishamuddin), Selangor (Najib), Wilayah Persekutuan (Muhyiddin), Kedah (Shafei Afdal) dan Pulau Pinang (Zahid Hamidi).

Budaya melantik orang luar untuk memegang jawatan seingat saya jarang berlaku dalam mana-mana parti kecuali untuk menyelesaikan beberapa masalah maka terpaksalah ianya dilantik dari orang luar.

Bagi Parti UMNO seingat saya pernah satu masa Dr. Mahadhir pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan dalam usaha untuk merampas Kerajaan Kelantan dari Parti PAS. Begitu juga usaha mengambil balik Terengganu dengan perlantikan Dr. Mahadhir sebagai Pengerusi sehingga Terengganu yang dikuasai oleh PAS pada tahun 1999 telah dapat dirampas pada Pilihanraya ke 12 tahun 2004.

Tetapi kali ini kita menyaksikan semakin banyak negeri yang terpaksa diimport ketuanya dari luar sebagai satu isyarat awal bahawa UMNO juga semakin bermasalah. Masalahnya tidak dapat diselindungi lagi dan menunggu untuk semakin parah.

Alasan saya ialah perlantikan Pengerusi dari luar walaupun yang ditampilkan adalah dari senarai pemimpin tertinggi parti namun ianya menimbul "ribut" dalaman yang sukar dielakkan.

Begitulah satu analisa ringkas yang ingin saya gambarkan dan menyakinkan pembaca bahawa UMNO dalam sangat bermasalah.

idhamlim.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...