Selasa, April 28, 2009

YB BALING,JANGANG DOK BUWAT TAT THUU -pas umno



Catatan buat YB-YB Baling..dengaq noo..jangan tak dengaq...


Assalamualaikum,

Saya dok perati dlm blog Kedahlanie ni, hangpa selalu dok sembang cerita kat kawasan-kawasan "Pekan" ja; maksud saya area Pekan tu mcm kat Kulim, Pdg Serai, Sg Petani, Alor Setaq dan kawasan-kawasan yg sama waktu dengannya. Jarang-jarang dok baca artikel dan kisah rakyat dari kawasan "Kampung" macam kat UPU tempat saya mengundi di kampung asal saya di Baling sana nu.

Malam tadi, waktu dok search internet, termasuk ke blog PAS Baling. Okey juga blog tu memuatkan gambar dua org cikgu, dlm blog tu ditulis sebagai "Dulu Cikgu Sekarang YB" - iaitu Cikgu Jo YB Kupang dan Cikgu Ki YB Kuala Ketil, dua-dua ADUN dlm kawasan Parlimen Baling.

Saya mengambil kesempatan memuatkan komen saya di situ, yg saya cut & paste kan seperti di bawah:


Alhamdulilah, saya kelik kapong baghu-baghu ni (rumah mak di kola ketil), dema dok ghoyat benda-benda baguh ja pasa YB Hj Ki. Ada sorang tu dok ghoyat cerita sorang hinung maghi jupa cikgu ki kat pusat khidmat YB kalu tak silap, hinung tu kata dia lapa tak dat duwit nak beli makang. YB Hj Ki hulo kat dia RM10 kot suruh gi beli makang; macang-macang lagi ceghita - kighanya menggambarkan yg YB Hj Ki memang dok jadi YB sungguh...dok tulung ghakyat tak kira bangsa tak kira agama, molek la tu.

Lepas tu, saya kelik kapong asal saya di Kg Padang Dan, Kupang Baling Kedah - kapong UMNO Totok. Sedih wei, memang la kapong tu dok dalang DUNG Bayu, DUNG UMNO; tapi gena PAS tak amik thuu lasong. Cikgu Jo, ada masa gie la jengok kapong saya tu....dok harap kat cikgu Jo ja la ni; kalu pipinang PAS Baling dok buwat tat thuu saja dengang kapong-kapong di bawah jajahan takluk UMNO ni, maghi PRU13 satgi, jenuh la nak pulung; satgi mesti puak2 UMNO dan org2 kapong dok kata 5 THONG PAS dapat Baling, Kapong kita sekali pong tak beysa dema maghi jengok tengok.

Jadi Cikgu Jo, ada masa gi la melawat kapong saya tu dan juga kapong-kapong laing dalang jajahang UMNO nu. Kita pegang BALING cikgu, bukang takat DUNG Kupang dan DUNG K.Ketil saja...

Tat pa la kot DI, saja nak ghoyat saja.



Sebetulnya, pulang sekali sekala menjengah kampung halaman saya itu, tak banyak yang mampu nak saya komen mengenai prestasi kerajaan PAS Baling. Rasanya orang Baling ini mentaliti mereka (termasuk saya barangkali) sama saja seperti rakyat Kelantan. Orang Baling tak kisah sangat mengenai isu Pembangunan; apa yg mereka harapkan ialah YB yang rapat dan selalu ambik berat pasal rakyat.

Sebab itulah rasanya MP UMNO kecundang dalam PRU12 hari tu. Saya masih ingat lagi, ketika saya dan rakan-rakan melawat satu keluarga org susah di pekan Pulai, Baling Kedah sewaktu zaman UMNO dulu; apabila seorang sahabat bertanya sudahkah kisah kemiskinan mereka ini diadukan kpd YB. Kakak tu cakap, dah beberapa kali dah pi pejabat YB, memanjang tak ada - YB selalu ja ada di KL. Maka itu, jika PAS ingin kekal lama memerintah Baling, PAS kena pastikan dia punya YB mesti selalu ada di BALING tak macam YB UMNO yg dulu.

Berbalik kpd kisah 2 orang CIKGU yang sekarang dah jadi YB tu; ada satu benda saya nak ketengahkan di sini. Baru-baru ini sebuah sekolah rendah di pedalaman Baling menjemput saya pi rasmi mesorat PIBG dan seterusnya memberi sedikit ceramah motivasi kpd waris bertajuk "Tips dan Petua nak bagi anak dapat UPSR 5A".

Bukan isi ceramah itu yg saya nak cerita di sini, tapi apa yang agak mengecewakan saya ialah bila mana YDP PIBG tu habag kata kat sekolah tu cuma seorang saja dapat UPSR 5A tahun lepas - sedangkan sekolah anak saya (luar daerah Baling - kaw "Pekan") dua tahun lepas waktu anak saya ambik UPSR, ada 18 orang dpt 5A. Makna kata perbezaannya amat ketara sangat.

Maka itu, saya ingin mengambil kesempatan di sini ingin meminta jasabaik dua-dua YB yang pernah bergelar Cikgu ini untuk memikirkan sesuatu - mungkin melalui lajnah pendidikan misalnya - untuk menggembeling tenaga anak-anak Baling, termasuklah mereka yg tinggal di luar Baling seperti saya misalnya untuk sama-sama meningkatkan taraf pencapaian pendidikan anak-anak Baling seperti mana yang berlaku di Negeri Kelantan.

Saya sendiri tak reti mcm mana cara dan kaedahnya, tapi Cikgu Ki dan Cikgu Jo yang pernah menjadi Cikgu dan lebih dekat dengan rakyat setempat, mereka berdua tentunya lebih mengerti. Membantu rakyat setakat memberi beras sekampit dua hanya umpama memberi ikan untuk dimakan, tetapi membantu anak-anak bangsa melalui pencapaian di bidang pendidikan untuk jangka panjang mampu diibaratkan seperti memberi umpan dan kail untuk memancing ikan. Adalah dirasakan hanya melalui pendidikan sajalah, insyaallah anak-anak bangsa yg masih dihimpit kemiskinan di Baling sana nu mampu memboloskan diri mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.

Moga kerja buat cikgu Jo dan cikgu Ki berdua akan sentiasa dipermudah dan diberkati Tuhan, mudah-mudahan.

moniermatdin@yahoo.com

kedahlanie

4 ulasan:

  1. saya dari baling tp skarang tgl kat jb skali skala baling baling rasa tenang ja dgn cuaca nyaman keadaan tak sibuk byk hutan byk air terjun tak mcm kat jb. saya rasa pembangusan dari segi infrastuktur tak perlu la di baling cuma dari segi teknologi dan pendidikan ja perlu diutamakan. mcm awak ckp da sekolah dapat 5a seorang ja tu perkara biasa kat malaysia ni kar baling byk juga sekolah yg dapat 5a ramai. pasal yb saya tak tau sgt tp ahli parlimen baling saya sangat puji dgn cara dia cuma bykkan tumpu tentang agama bagi remaja2 yg rosak teruk skarang ni di baling

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama29/4/09 1:05 PG

    MU DOK TANG MANA DI BALING? KAPONG PA?

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama29/4/09 9:43 PG

    MU DOK BAHONG PA

    BalasPadam
  4. BALE THEI GI LAH!! BUKAN SKELENG..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...