Rabu, Mei 27, 2009
MARI KITA LIHAT SIAPA YANG KENA...
PENGAKUAN... Anggota MT PKR, Cheah Kah Peng (tengah) hari ini mengaku yang beliau dan penolong exco kerajaan negeri Pulau Pinang, Peter Lim telah menemui calon Bebas Aminah Abdullah, 57, seperti yang didakwa Aminah semalam.
2 pemimpin PKR akui jumpa Aminah tapi nafi tawar ganjaran
BUKIT MERTAJAM: Dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan mereka telah menawarkan ganjaran dalam bentuk ganti rugi kepada calon Bebas, Aminah Abdullah jika sanggup tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.
Kedua-dua pemimpin berkenaan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Cheah Ka Peng, 43, dan Pegawai Khas kepada Exco PKR Pulau Pinang, Peter Lim Eng Nam, 32, mengaku mereka adalah dua individu yang terdapat dalam rakaman suara yang didedahkan oleh Aminah semalam.
"Kami tidak menawarkan apa-apa kepadanya... hanya berbincang perkara-perkara biasa," kata Cheah pada sidang media khas bagi menjelaskan mengenai isu tersebut di sini hari ini.
Selain itu mereka juga menafikan dakwaan Aminah bahawa kedua-dua mereka datang menemuinya.
Sebaliknya mereka menjelaskan pertemuan pada 13 Mei itu telah diatur oleh Aminah sendiri.
"Kak Minah (Aminah) sebelum ini selalu jemput saya datang ke rumahnya... jadi pada 12 Mei saya hubungi beliau untuk aturkan makan tengah hari keesokkan harinya dan Kak Minah minta saya ajak (Cheah) Ka Peng bersama.
"Kemudian pada pagi 13 Mei, Kak Minah hubungi saya semula untuk pastikan mengenai temu janji pada tengah hari itu.
"Beliau kata akan masak untuk kami, saya tak jangka kawan baik seperti kami telah digunakan dan dipermainkan oleh beliau.
"Beliau bukan hanya sediakan makanan, tapi juga sediakan perakam suara untuk kami... saya sangat sedih dan kecewa," kata Peter dalam sidang media tersebut.
Peter adalah Timbalan Ketua PKR Bahagian Batu kawan yang juga Pembantu Khas kepada Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Law Choo Kiang.
Beliau juga pernah bertanding di DUN Batu Maung pada pilihan raya umum 2004.
Semalam Aminah mendedahkan bukti berbentuk rakaman audio perbualan antara beliau bersama dua wakil PKR yang cuba menawarkan ganjaran kepadanya termasuk wang sebanyak RM80,000 dan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.
Bagaimanapun mereka enggan mengulas apabila ditanya mengenai kandungan rakaman tersebut yang menyentuh mengenai tawaran-tawaran tawaran tersebut.
"Itu (tawaran) apa yang awak fikir, apa yang awak tafsirkan.
"Mengapa anda tidak tanya beliau sendiri memandangkan beliau yang bangkitkan mengenai perkara ini," kata Cheah yang juga seorang peguam.
Katanya lagi perkara tersebut diserahkan kepada peguam untuk tindakan lanjut.
"Kami sudah berbincang dengan peguam, dan mereka akn selesaikan perkara ini," kata Chah.
Dalam sidang media itu juga Cheah menegaskan bahawa kehadiran beliau bersama Peter bukan mewakili PKR, sebaliknya atas kapasiti sebagai kenalan lama.
"Kami hadir dengan kehendak sendiri, bukan atas dorongan sesiapa dari parti," katanya.
Menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai pertemuan tersebut, Cheah berkata Aminah menunjukkan hasrat untuk kembali menyertai PKR.
"Beliau juga nyatakan mungkin tidak akan teruskan untuk bertanding sebagai calon, dia tanya sama ada perlu atau tidak untuk teruskan.
"Dia jemput kita untuk beri pandangan, kita kongsi pandangan kita sahaja...kami bercerita sebagai kawan dalam keadaan bergurau," katanya yang mengakui mengenali Aminah dan keluarga sejak tahun 1999.
Ditanya sama ada beliau akan terus menjalinkan persahabatan bersama Aminah dan keluarganya selepas isu ini dibangkitkan, beliau berkata "Kami masih kawan, tapi perasaan saya kini bercampur."
mstar
Daftar SEKARANG!!! Untuk MASA DEPAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com
description:pas,keadilan,umno,dsai,anwar,nizar,nik aziz,najib,zambry,ismail,umno,bn,pas,pkr,dap,bukit selambau,bukit gantang,batang ai,pilihanraya kecil dun penanti,parlimen,sg.petani,kedah,perak,sarawak,polis,fru,altantuya,elizabeth wong,umno,umno,umno
kita tunggu sprm buat siasatan dulu. boleh percaya ker cakap orang-orang pkr ni. kepala tahi pkr si anwar ibrahim maksum tu kan penipu nombor satu dalam dunia, tak kan anak buah dan anak bijik dia tak ikut jejak kepala tahi tu. jangan lupa tarikh 16 september 2008, satu dunia telah kena tipu dengan kepala tahi tu. Yang pasti kepimpinan ulamak sudah tidak relevan lagi dalam pas. pas bukan lagi pejuang islam tapi pejuang demokrasi ciptaan yahudi. aku cadangkan pas tukar nama dari parti islam semalaysia (PAS) kepada parti demokrasi semalaysia (PDS). atau pas bergabung aje dengan DAP kerana pejuangan pas sekarang ni mirip dengan perjuangan DAP. lagi pun dalam DAP ada lim guan eng yang mirip-mirip dengan umar abdul aziz. bagaimana pula dengan lim kit siang, adakah bapak lim guan eng ni pulak mirip-mirip umar al-khatab??? kena tanya orang pas ni. bagaimana pula dengan elizabeth manja ni??? mirip siapa pulak??? husam pondan tu kenapa tak nak berhujah dengan ezam semalam??? bila pihak tv bagi peluang untuk berhujah puak-puak yang mengaku diri mereka ni pejuang islam tak nak datang, takut ker??? tak ada kote ker??? belum pergi perang lagi, baru berhujah aje dah lari sembunyikan diri. tapi sibuk komplen kata pihak tv pro umno lah, berat sebelah lah, koruplah... dan macam-macam lagi. kalau pun husam tak dapat datang sebab sibuk sangat, tak kan tak boleh hantar wakil dari pas, macam mahfuz gelap ker, salahudin ker, nizar bintang 3 ker, mat sabu ker. kata islam, kalau islam janji kena tunai kan. mungkir janji dan penipu ni hanya yahudi dan orang kafir aje. kesimpulannya, islam adalah sempurna yang tidak sempurna adalah pas dan pengikut-pengikutnya. lagi sekali aku ulang pas pergi tukar nama jangan guna nama islam untuk kepentingan diri dan ahli keluarga, lagi pun kepimpinan ulamak sudah tidak relevan lagi dalam pas.
BalasPadamsatu cadangan yg patut difikir mendlm oleh PAS. mungkin dgn cara ini akan lebih mudah PAS diterima semua agama 7 bangsa. sekarang pun PAS dah mengaku bersedara dgn DAP. Jadi elok sangatlah tu.
BalasPadampkr parti yg miskin...adakah pkr RM80ribu? Ingatkan RM8juta...
BalasPadamTp kalau umno bergabung dgn mic dan mca tu kira islam la eh? kira perjuangkan islam la eh? najib, khir toyol, samy belo dan menteri porno serta lain2 tu semua ulama ke? pernah suruh dia org sembahyang mayat ke? tau ke dia org sembahyang? mula2 hang perli anuar tu maksum.. pastu bila dia buat silap pasal 16sept hang marah plak.. maksudnya dia tu x maksum la kan.. hang x pernah buat salah ke? menteri hang xder buat salah ke? menteri2 hang yg bodoh tu suka buat salah ulang2.. yg hang pun satu bebal main ikut jer.. hang ni tau solat ke? silap2 hang solat pun x buat..
BalasPadamPasai debat tu.. x tau la hang ni x ikut perkembangan ke atau memang hang ni bodoh.. siapa yg takut berdebat sebenarnya.. nak tau hang boleh tgk kat sini.. (http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20944&Itemid=1). klau berita ni x betul hang dgn puak2 hang p la saman.. bkn mcm media2 hang.. boleh cakap dan tulis apa saja.. xder siapa boleh ambil tindakan sbb dilindungi oleh kerajaan bobrok hang tu.. mangkok la hang ni.. komen x guna akai.. mcm lembu hulur jer kepala nak kena sembelih.. ermmm.. jangan2 hang ni khir toyol x? sebab xder nama kan...hehehehe..
hahahahah betul kate umno bodoh... hahaha umno bodoh bedetam
BalasPadamjolo tuh umno bodoh....xder namo tu kecek ikut sedak mulut...xtahu gapo hok jadi...nok kecek xdop modal
BalasPadamNampak sangat depa nak main kotor. Siapakah di belakang mereka semua?
BalasPadamGolkar, LDP, Thai Rak Thai..bukan. Habis siapa?? UMNO pun bukan..habis tu siapa? Tentu sekali SYAITAN! Itu pun kalau kau percaya setan itu ada.
rm 80riban tu rasuah amenda..buat geli ketiak je...ratus ribuke..juta..ke.. boleh caya gak..ini apek nak rasuah pun ciput..tulah pasal..lagipun kak min siapa?..ada power ke...lawak
BalasPadamtanjung betui!!! lagipun logikke...panggil makan siap perakam lagi..alahai..mesti plan nak buat modal isu..kan..kan..kan..mari kita baling buah dadu..1...2..3...horey..kita lihat siapa yang kena...