Selasa, Mei 19, 2009

NIZAR MOHON 5 HAKIM MENDENGAR KESNYA



PUTRAJAYA (18 Mei 2009): Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengemukakan permohonan bagi mendapatkan panel lima hakim Mahkamah Rayuan untuk mendengar permohonannya mengetepikan keputusan mahkamah itu minggu lepas yang membenarkan penangguhan pengisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Peguam Leong Cheok Keng, yang mewakili Mohammad Nizar, ketika dihubungi berkata, surat permohonan itu telah dihantar melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini, pada pukul 4 petang tadi.

Alasan permohonan itu ialah kerana kes tersebut, yang ditetapkan pendengarannya Khamis ini, membabitkan kepentingan awam, selain melibatkan isu dan persoalan perlembagaan, katanya.

Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Ab Rahim mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati Mohammad Nizar tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

Berikutan keputusan itu, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengemukakan permohonan penangguhan pelaksanaan pengisytiharan itu yang telah didengar dan dibenarkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali.

Mohammad Nizar kemudian memfailkan permohonan Rabu lalu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu.


Daftar SEKARANG!!! Untuk MASA DEPAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...