Khamis, Mei 21, 2009
Nizar vs Zambry: KRISIS YG SENGAJA BERLARUTAN
PAS, DAP dan Perak - Krisis yang Sengaja Berlarutan
Krisis di perak telah masuk hari ke 105. Macam-macam yang berlaku, macam-macam yang terjadi. Dari dua MB dan dua barisan Exco, kini Perak juga mempunyai dua orang Speaker.
Nampaknya tidak ada pihak yang ingin mengalah. Kerugian jika ditafsirkan mampu mencecah jutaan ringgit.
Krisis ini berlaku apabila DS Najib dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak bagi mengantikan DS Tajol Rosli yang meletakan jawatan. Tajol meletak jawatan ekoran ADUN Bota, D. Nasharudin melompat ke kandang PR. Lompatan Nasharudin tidak diketahui sama ada ikhlas atau tidak. Adakah Nasharudin melompat untuk mengorek rahsia atau membenarkan amalan tersebut supaya bila ADUN PR melompat maka mereka tidak boleh mengatakan yang ianya salah.
Tetapi dari riak muka dan ceramah yang disampaikan oleh Nasharudin mengambarkan yang beliau memang benar-benar ikhlas.
Lompat Parti - Boleh ke tak boleh?
Pada dasarnya melompat parti adalah tidak salah. Tidak dilarang oleh undang-undang. Sesuai juga dengan semangat kebebasan untuk berpersatuan. Contohnya A berada dalam parti B. Parti B ni teruk, rasuah, korup dan kroni. Maka A berhak keluar dari partinya jika merasakan tiada lagi harapan bersama parti B. Tapi perlulah menukar parti dengan tanpa paksaan dan dorongan harta.
Tapi apa yang berlaku di Perak ada sedikit kemuskilan.
1. Dua ADUN yang melompat sedang didakwa dimahkamah kerana pertuduhan rasuah.
2. Mereka melompat kerana kerajaan sekarang ( PR ) pro cina. Sedangkan ADUN jelapang adalah DAP berbangsa cina.
3. Ketiga-tiga mereka yang melompat menghilangkan diri terlebih dulu ( diculik?)
4. Ketua PKR Ipoh Barat dakwa DS Najib cuba rasuah ADUN PKR. Pertemuan Najib dan
Fauzi Muda kemudianya diakui oleh Tim. Menteri Pertahanan pada ketika itu Datuk Zainal Abidin.
5. Tiada langsung siasatan oleh SPRM terhadap dakwaan tersebut keatas Najib. Tiada juga pengdakwaan terhadap Fauzi atas tuduhan memfitnah.
Berdasarkan turutan diatas, fenomena lompat parti di Perak sehingga membawa kepada krisis perlembagaan adalah tidak boleh diterima. Unsur-unsur ugutan dan rasuah terpancar. Melompat biarlah atas kesedaran dan keikhlasan.
Isu ini pada mulanya nampak seperti main catur. Penuh strategi dan berhati-hati. Setiap pemain saling buat check mat, tapi tanpa diduga si lawan masih ada jalan keluar.
Pilihanraya semula
PRU di Perak adalah jalan terbaik bagi mengatasi polimek ini. Sultan telah dilibatkan, institusi Speaker dan DUN telah dilibatkan, mahkamah juga dilibatkan. Tapi nampaknya semakin membelit dan sukar untuk dirungkaikan.
Satu-satunya institusi yang terbaik dan belum dilibatkan ialah rakyat. Banyak pihak telahpun mengatakan hal yang demikian. Tokoh-tokoh penting negara,parti-parti politik, suhakam, majlis peguam dan juga rakyat terbanyak.
Satu-satunya pihak yang meragui atau lebih tepat takut ialah BN. Macam-macam alasan yang diberikan, putar sana, putar sini, akhirnya Tun M jugak yang kena berterus terang.. Nanti PR menang..
Pada PRU 08 keputusan pilihan rakyat adalah seperti berikut;
BN - 28
DAP - 18
PKR - 7
PAS - 6
PAS, PKR dan DAP kemudianya bergabung dan menjadikan PR 31 dan BN 28.
Bezanya sikit saja, tapi kenapakah BN terutamanya umno berat sangat untuk bubarkan DUN? Bukankah umno kata yang orang Melayu kini meluat dengan PR? orang Melayu rasa terseksa dengan PR? dan buktinya dalam PRK Bukit Gantang, umno kata undi melayu banyak pergi pada mereka dan Nizar menang dengan undi Cina? Bukankah Nizar derhaka? Boneka DAP?
Jika benar undi Melayu kini sudah pergi pada umno, apa yang perlu ditakutkan. Cuba kita tengok disini;
Kerusi Melayu - 36
Kerusi bukan Melayu - 23
Nah jika kita lihat disini jelas yang umno tidak perlu takutkan apa-apa. Kalau umno menang di semua kerusi Melayu, umno boleh memerintah sendirian.
Dalam laman sesawang pro umno, dibangkitkan kemungkinan selepas dun dibubarkan dan pilihanraya semula maka DAP yang akan memerintah. Mereka mengandaikan yang DAP akan meletakan calon Melayu bagi memenuhi tuntutan perlembagaan negeri Perak. Mereka seolah-olah merasakan selepas PRU di Perak, maka keputusan pilihanraya adalah sama seperti mac 08. Bezanya cuma satu dari 18 kerusi DAP akan ditandingi oleh Melayu DAP. Dan Melayu DAP ini akan menang dan Perak seterusnya di perintah oleh DAP. Dan walaupun MB itu adalah Melayu, tetapi disebabkan dia DAP, maka corak pemerintahan ialah dengan cara DAP dan melupakan perjuangan dan nasib Melayu Islam.
Satu analisis yang baik. Terpulang. Tapi tahu tak yang terdapat 10 kerusi yang dimenangi umno majarotinya bawah seribu?
1.KUBU GAJAH - 66
2.SELAMA - 355
3.ALOR PONGSU - 95
4.TRONG - 916
5.KAMUNTING - 555
6.MANJOI - 348
7.MANONG - 160
8.PENGKALAN BAHARU -14
9.SUNGAI RAPAT - 406
10.RUNGKUP-314
Inilah yang ditakutkan oleh umno sebenarnya. Mereka takut yang mereka akan kehilangan 10 kerusi Melayu tersebut dan jatuh kepada PAS dan PKR.
Maka pada waktu itu tentu kerajaan PR akan lebih stabil dan pembahagian kerusi exco juaga akan lebih adil. Inilah yang umno tidak mahu lihat. Yang tidak sanggup mereka hadapi, iaitu penolakan rakyat terhadap mereka.
Dan satu lagi pada pendapat aku walaupun DAP adalah parti semua kaum dan pernah letakan calon Melayu sebelum ini, tetapi demi politik jangka panjang DAP tidak akan meletakan calon Melayu di Perak. Meraka tahu yang isu tersebut akan dimainkan oleh umno sekuat-kuatnya. Apapun sama-samalah kita menanti keputusan mahkamah rayuan esok dan adakah terbuka hati DYMM Paduka seri Sultan Perak untuk bubarkan DUN.
penakiri
Daftar SEKARANG!!! Untuk MASA DEPAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...