Ahad, Mei 17, 2009
Nizar vs Zambry: Pilihanraya di Perak selepas Penanti
Disaat Perdana Menteri Najib Razak sedang berusaha untuk mengalih tumpuan rakyat dari membincangkan soal pilihanraya di Penanti dan isu perlembagaan di Perak dengan meletakkan Virus H1N1 dan isu kenaikan gaji kakitangan kerajaan bawahan sebagai santapan pelarian rakyat,Perhubungan BN Perak sedang berusaha untuk menganalisa sokongan rakyat terhadap kemampuan BN di sana.
Manakala PR di Perak juga melakukan tindakan yang sama dan beberapa pertemuan awal diperingkat tertinggi parti turut mula mengadakan mesyuarat begai membincangkan pilihanraya di Perak.
Petanda ini sekali gus membayangkan bahawa pilihanraya di Perak bakal di adakan tidak lama lagi.
Berdasarkan keputusan mahkamah dan kemelut perundangan di Perak yang telah tersimpul sehingga tidak dapat ditemui jalan keluarnya merupakan antara tekanan kepada BN dan istana Perak untuk segera menyelesaikan krisis yang berlangsung lebih tiga bulan ini di akhiri.
Setelah pelbagai cadangan dari Suhakam, Majlis Peguam, NGO, pakar-pakar perundangan, pimpinan komponan BN dari Gerakan, MCA, MIC dan pelbagai pihak membuat pendirian bahawa jalan penyelesaian terbaik krisis ini adalah melalui pilihanraya.
Najib yang juga sebagai pemimpin tertinggi negara yang mulanya di anggap sebagi hero oleh Umno/BN kerana berjaya bertindak merampas Perak dari Kerajaan Pakatan Rakyat secara haram juga telah merasai bahawa tindakannya selama ini harus ditamatkan.
Kenyataan Najib yang mahu mengadakan pertemuan dengan PR bagi menyelesaikan krisis di Perak boleh dijadikan kayu pengukur setakat ini yang membayangkan bahawa pilihanraya Perak akan berlangsung selepas pilihanraya di Penanti adalah amat cerah.
Selain itu kenyataan Najib yang cuba memancing rakyat dengan kenaikan gaji kakitangan kerajaan juga di lihat sebagai satu usaha yang turut membayangkan kemungkinan pilihanraya dalam masa terdekat ini.
Begitu juga dengan keputusan yang dibuat di Mahkamah tinggi pada 11 Mei lalu yang memutuskan Nizar adalah MB Perak yang sah juga membuka laluan kepada perlunya pembubaran Dun ekoran kenyataan Nizar yang mahu mengadap istana Perak bagi membubarkan Dun di lakukan.
Walaupun keputusan Hakim Mahkamah Rayuan, Ramly Ali yang membuat keputusan bagi penangguhan keputusan mahkamah tinggi ke atas Nizar namun tiada jaminan kukuh untuk Zambry memenangi kes rayuan tersebut apabila di putuskan oleh mahkamah rayuan nanti.
Hakikatnya Zambry dan Najib juga sedang berhadapan dengan malu yang besar ekoran melantik MB Perak yang haram selama ini. Tindakan Zambry yang memasuki bangunan Perak Darul Ridwan selepas Mahkamah Rayuan menerima rayuannya juga membayangkan Zambry seorang yang gila dan rakuskan kuasa sedangkan Nizar bersikap terbuka dan gentleman dengan mengosongkan bangunan SUK selepas menerima keputusan mahkamah.
Kenyataan Zambry kepada media selepas tiba di bangunan Suk pada 12 Mei lalu untuk segera meluluskan peruntukan bagi membina dan membesarkan lapangan terbang Ipoh juga di lihat sebagai seorang pemimpin yang sanggup menggunakan wang rakyat untuk kepenting politik beliau walaupun beliau bukan seorang MB yang sah.
Dalam erti kata lain, apa sahaja yang dilakukan oleh Zambry serta Najib berhubung isu Perak semuanya memakan diri sendiri. Selagi dibiarkan krisis perlembagaan di Perak berlarutan selagi teruk imej Najib tercalar. Perak merupakan negeri yang dirampas oleh Najib dan setelah menjadi PM, kemelut demi kemelut yang melanda Perak secara terus menerus memberi imej negetif rakyat terhadap kepimpinan beliau. Hakikatnya Perak adalah negeri PR yang mendapat mandat rakyat selepas PRU, pada Mac 2008 lalu.
BN boleh melebel Perak yang ada dalam gengaman PR dengan apa lebel sekalipun. realitinya PR yang diwakili PAS, DAP dan PKR masih kukuh berdiri sehingga ia direntap dengan penuh ganas oleh tangan-tangan yang buas dan rakus dari pemimpin2 BN.
Pemimpin-pemimpin BN seharusnya sedar bahawa hak mutlak dan takdir tidak adapat diubah dengan ketamakan kuasa. Ia hanya dapat diubah oleh doa orang yang soleh dan bertaqwa. Allah juga selalu berserta orang-orang yang bersabar dan Allah lebih mendahulukan doa mereka yang teraniaya sekalipun mereka itu bukan orang mukmin.
Pilihanraya Perak mungkin akan mengubah lanskap politik dengan lebih ketara dan dominan. Berdasarkan mood rakyat, itulah antara realitinya. Apakah realiti ini mampu diterima oleh BN dan pemimpin-pemimpin mereka yang gila talak dan ketamakan kuasa.
matzahariali
Daftar SEKARANG!!! Untuk MASA DEPAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...