Sabtu, Mei 02, 2009

PAS UMNO: 8 Permohonan Zambry Yang Ditolak Oleh Mahkamah Persekutuan

“Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah”.

Tindakan Dato’ Zambry Bin Abd. Kadir dan 6 ADUN tersebut terhadap Speaker juga adalah bertentangan dengan Perkara 72(2) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi seperti berikut:-

“Tiada seseorang pun boleh dikena dakwa dalam apa-apa jua pembicaraan dalam mana-mana mahkamah mengenai apa-apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberi olehnya apabila mengambil bahagian dalam perjalanan mana-mana Dewan Negeri atau mana-mana jawatankuasanya”.

Apa yang menyebabkan keadaan lebih merumitkan ialah bahawa Mahkamah Persekutuan telah MENOLAK permohonan Dato Seri Zambry Bin Abd. Kadir dan 6 ADUN tersebut untuk perintah-perintah berikut:-

1) suatu perisytiharan bahawa Dato’ Zambry Bin Abd. Kadir dan 6 ADUN tersebut adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dewan Negeri dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya;

2) suatu perisytiharan bahawa keputusan Speaker menggantung dan melarang Dato Seri Zambry Bin Abd. Kadir menghadir pada sidang Dewan Negeri selama 18 bulan, adalah ultra vires Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau semua undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah;

3) suatu perisytiharan bahawa pembuatan Speaker menggantung dan melarang Dato Seri Zambry Bin Abd. Kadir menghadiri sidang Dewan Negeri Perak selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

4) suatu perisytiharan bahawa keputusan Speaker menggantung dan melarang kenam-enam ADUN di atas menghadiri sidang Dewan Negeri selama 12 bulan adalah ultra vires Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan, Perintah-Perintah tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau semua undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah;

5) suatu perisytiharan bahawa perbuatan Speaker menggantung dan melarang keenam-enam ADUN yang tersebut di atas menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang;

6) suatu perisytiharan bahawa Dewan Undangan Negeri adalah tidak terikat dengan keputusan Speaker menggantung dan melarang Dato Seri Zambry Bin Abd. Kadir dan 6 ADUN tersebut menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri;

7) suatu perisytiharan bahawa Dewan Undangan Negeri adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Speaker yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Speaker yang bertarikh 18hb Februari 2009.

8) bahawa Persidangan Dewan Undangan Negeri pada 3/3/2009 adalah tidak mengikut undang-undang (unlawful).

speakforperak


BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila@gmail

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama2/5/09 11:38 PG

    Kalau butuh butuh yang berhormat sivakumar dipecat maka itulah berakhirnya demokrasi di negara ini.Matilah demokrasi.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...