Rabu, Mei 06, 2009

PENANTI: UMNO BN MALU-MALU KUCING



Biasanya kalau ada pilihanraya,umno bn sentiasa terkedepan dalam segenap segi samada penamaan calon atau pengumuman berbagai pakej rangsangan sempena pilihanraya.Namun sejak kekalahan 1-4 di kaki pembangkang,umno bn seolah-olah tidak lagi mempunyai semangat kesukanan untuk berpilihanraya.

Hingga ke hari ini umno bn masih belum membuat kata putus samada ingin bertanding ataupun tidak.Mula-mula kata hari isnin nak bagi keputusan sampai hari ni habuk pun tarak.Susah sangat ke nak buat keputusan beb.Bukannya aku nak menyibuk saja tanya.Sebab nampak pelik semacam saja.Belum pernah dalam sejarah umno bn terkial-kial mencari jawapan samada hendak bertanding atau tidak.

Rakyat kini semakin percaya umno bn sudah tenat dan hilang power akibat tersepit dengan taktik ciptaan mereka sendiri.Umno bn saja yang percaya jika tidak menyertai pilihanraya mereka akan mendapat simpati rakyat.Kononnya dapat menjimatkan wang rakyat.Namun rakyat tetap menganggap umno bn sudah terlalu fobia untuk menghadapi pilihanraya selepas tewas dalam kesemua pilihanraya kecil di semenanjung.

Apa yang ada pada umno bn yang mereka anggap sebagai simpanan tetap hanyalah sokongan di Sabah dan Sarawak.Itupun simpanan tetap yang terpaksa dikeluarkan juga bilamana akaun simpanan biasa sudah kering pada suatu masa nanti.

Nampak gayanya Penanti terpaksa menanti hingga ke saat-saat akhir sebelum mengetahui apa helah dan taktik sebenarnya umno bn yang terlalu malu-malu kucing untuk menyatakan hendak atau tidak untuk berpilihanraya.

biaqpila...apa ada hal...



BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...