Selasa, Mei 19, 2009
PENYOKONG UMNO BN NAK UNDI SAPA DI PENANTI?
Sebaik saja pengumuman dibuat bahawa UMNO BN tidak akan bertanding di Penanti,terpikir di benak setiap insan yang berbenak,penyokong umno bn nak undi sapa bila logo dacing (kati) tak dak dalam senarai kertas undi.
Setelah lama menanti,akhirnya umno bn membuatkan ramai terkejut beruk dengan pemumuman itu walaupun tiada yang dilaporkan kojol lemah jantung akibat berita tersebut.Maka bersoraklah sekalian bloggers pro pembangkang mengatakan umno bn takdak teloq untuk berentap di Penanti.Yang ada cuma teloq mata keghebau kat dalam pinggan maggie goreng.
Adakah pemimpin-pemimpin umno yang membuat keputusan untuk tidak bertanding ini memikirkan kehendak akar umbi seperti yang selalu mereka nyanyi dan laungkan setiap kali perhimpunan agung kemegahan mereka itu? Adakah benak mereka memikirkan sebagaimana benak rakyat berfikir atau mereka lebih benak dari rakyat untuk memikirkan perkara ini? Awat benak sangat.
Penyokong umno bn akan terpinga-pinga mengadap kertas undi yang tidak menyenaraikan calon dan logo bn di kertas undi.Selama berpuluh tahun tidak pernah terjadi dalam sejarah logo bn tiada daalam kertas undi.Kira boleh masuk dalam rancangan tv..apa ka nama... "Ripleys Belive It or Not".
Bagi yang hardcore umno bn gerenti tak keluaq mengundi,maka peratusan keluar mengundi jugak akan merudum.Bagi penyokong umno bn yang menyirap bandung pulak sudah tentu akan merosakkan undi sebagai tanda protes.Jika itu terjadi sudah tentu jumlah undi rosak akan melebihi jumlah undi yang diperolehi oleh calon bebas.Sapa-sapa yang berani masuk sebagai calon parti undi rosak sudah tentu tidak akan hilang wang pertaruhan.Silap haribulan calon parti undi rosak boleh jadi adun.
Bukan saja umno bn takut untuk bertanding di Penanti kali ini,calon bebas juga kelihatan ketaq lutut tidak sepertimana kes Bukit Selambau yang membuka nafsu berbelas-belas orang calon bebas.Mungkin disebabkan nasib yang menimpa calon bebas di Bukit Selambau menyebabkan nafsu mereka terbantut.
Oleh kerana logo dan calon bn tiada dalam kertas undi dun Penanti nanti, maka adalah elok sekiranya semua penyokong umno bn memberikan undi kepada calon Parti Keadilan Rakyat sebagai tanda protes takdak tempat nak pangkah bn.Baru ada akai...
Daftar SEKARANG!!! Untuk MASA DEPAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com
UMNO/BN dah tak dak..penyokong..depa semua dah masuk PKR..1000 borang PKR dah habis kat Kangar, Perlis..Kat penanti tinggal 2..3..orang itupun orang tua-tua...
BalasPadamkalu kain sejengkal, parangnya tumpul, baik bagi je cina penang memang....kalu pas menang atau keadilan menang pun ...bukan orng melayu kita yang memerintah penang...itu pun kome tak reti-reti ke......
BalasPadam