Pakatan Rakyat mahu bawa perubahan, bukan hanya dabik dada menang pilihanraya : Hadi Awang
Anna Yusof
BUKIT MERTAJAM, 25 Mei (SK) : Pakatan Rakyat mahukan pembaharuan dalam urus tadbir untuk membela segenap lapisan masyarakat bukan hanya mendabik dada mencari kemenangan pada pilihanraya.
Presiden Pas Abdul Hadi Awang berkata bahawa Pas dan Pakatan Rakyat sedang berjuang untuk menumpaskan politik perkauman sempit Umno-Barisan Nasional yang diselubungi rasuah dan penyelewengan kuasa.
Hadi berkata kemenangan politik yang dicari oleh Pakatan Rakyat bertujuan untuk membawa negara keluar daripada kancah salah laku Umno-BN.
“Bagi Pakatan Rakyat, tidak timbul soal enggan bertanding pada sesuatu pilihanraya atas kepentingan politik,” kata Hadi semasa ceramah beliau di depan kira-kira 5,000 orang di Guar Perahu, Penanti semalam.
“Kepada kita, lawan tetap lawan. Menang pun kita lawan, kalah pun kita lawan. Kita sanggup rebah bangun dalam membela rakyat. Kita tidak mahu menjadi satu parti yang hanya bertanding jika ia menang sahaja, jika kalah, melarikan diri – parti oportunis yang hanya mencari kesempatan,” tegas beliau.
BN pimpinan Perdana Menteri Najib Razak mengambil keputusan bersejarah tidak bertanding pada pilihanraya kecil Penanti, setelah parti itu kalah pada keempat-empat pilihanraya kecil di Semenanjung semenjak pilihanraya umum Mac tahun lalu.
Hadi berkata walaupun Umno tidak bertanding, namun kesan angkara BN keatas masyarakat, ekonomi dan sistem kerajaan amat kuat dirasakan.
“Walaupun tidak ada calon BN dalam pilihanraya kecil ini, namun roh BN masih ada. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan para pengundi dan Pakatan Rakyat untuk menghidupkan demokrasi,” kata Hadi lagi.
“Manusia ada hati dan nurani, manusia tidak dapat disatukan dengan aspek ekonomi dan identiti kaum atau negara sahaja. Manusia hanya dapat disatukan jika pemimpin mereka adil dan mentadbir dengan cara yang sewajarnya,” tambah Hadi.
“Parti yang lemah ini, tidak mampu menangani masalah yang sedia ada. Pentadbiran yang penuh dengan penyakit rasuah, pilih kasih, dan yang paling malang tidak mampu menangani krisis ekonomi yang melanda dunia hari ini.
“Hari ini mereka menonjolkan slogan 1Malaysia. Sebelum ini slogan mereka adalah bersih, cekap dan amanah. Bersih tak jadi bersih. Cekap jadi cekup, amanah jadi punah-ranah. Selepas itu Islam Hadhari, dimana Islam Hadhari?” tambah beliau.
suarakeadilan
Daftar SEKARANG!!! Untuk MASA DEPAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com
description:pas,keadilan,umno,dsai,anwar,nizar,nik aziz,najib,zambry,ismail,umno,bn,pas,pkr,dap,bukit selambau,bukit gantang,batang ai,pilihanraya kecil dun penanti,parlimen,sg.petani,kedah,perak,sarawak,polis,fru,altantuya,elizabeth wong,umno,umno,umno
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...