Isnin, Mei 18, 2009
SEGALANYA HANYA DI PERAK
Sivakumar : Perkara yang tidak berlaku di negara lain ada di Perak sekarang
Anna Yusof
KOTA BHARU, 18 Mei (SK) : Speaker Dewan Nudangan Negeri Perak V. Sivakumar dari awal lagi sudah menjangka satu konspirasi sedang berlaku apabila ada pakatan di kalangan pegawai kerajaan dan Adun Barisan Nasional tidak mengikut arahan Speaker.
Sivakumar berkata, apa yang berlaku pada 7 Mei lalu adalah satu penghinaan terhadapnya kerana yang menentukan segala urusan dalam Dewan adalah di bawah bidang kuasa Speaker.
Katanya, “Semua perkara yang tidak berlaku di negara-negara lain ada di Perak sekarang.”
“Umno menggunakan kekerasan dengan bantuan anggota polis mengusungnya keluar dan mengurung saya dalam bilik pegawal selama lebih sejam,” jelas Sivakumar.
“Sedangkan kuasa bagi menentukan seseorang boleh atau tidak masuk dewan negeri adalah di bawah bidang kuasa Speaker,” katanya dalam ceramah menjelaskan isu terbaru di Perak di Putik pada Sabtu lalu.
Ceramah yang mempertemukan dua Speaker iaitu Sivakumar dan Speaker Dun Kelantan, Nusuruddin Daud di satu pentas. Turut hadir Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Begitu juga katanya bagi menentukan kedudukan ahli Dewan sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang ditentukan speaker.
“Ketika saya masih lagi speaker yang sah, Ahli Dewan Undangan Negeri BN melantik pula speaker baru. Speaker tersebut diibaratkan duri dalam daging.
Katanya pada peringkat awal persidangan 7 Mei lalu beliau mengarah Penasihat Undang-Undang Negeri supaya duduk di bahagian kerajaan (kanan).
“Namun selepas dua kali diarah pindah pegawai terbabit tidak mengendahkan menyebabkan saya menyebut kepadanya kalau tidak mahu ikut speaker boleh keluar dewan.
Menurutnya beliau juga mengarahkan Zambry Abdul Kadir dan enam anggota Exconya yang dilantik serta tiga wakil rakyat Bebas keluar Dewan bagi membolehkan persidangan dimulakan.
Bagaimanapun katanya, keputusan beliau sebagai Speaker tidak diendahkan sehingga Timbalan Speaker, Hee Yit Foong cuba mengambil alih tugasnya.
“Saya hairan dia menggunakan kuasa mana mengambil alih tugas Speaker. Sedangkan mengikut Perintah Tetap Dewan selagi Speaker ada di kerusinya timbalan speaker tidak ada kuasa,” katanya.
Beliau juga berkata, Umno gagal menggugurnya sebagai speaker memandangkan beliau tetap mempertahankan kerusi sejak bermula persidangan jam 8.45 pagi hingga 2 petang tanpa keluar minum atau ke bilik air.
Aneh lagi luar biasa. Mungkin juga boleh menjadi tarikan pelancong. Ini kerana segalanya ada dua di Perak sekarang. Bermula dua kerajaan, dua Menteri Besar dan dua Speaker.
Selain itu ada dua setiausaha kerajaan negeri dan dua setiausaha Dewan Undangan Negeri. Namun harus diingatkan satu daripadanya haram dan satu lagi halal.
Oleh itu katanya, perjumpaan anggota Dewan hari itu tidak boleh dikatakan sebagai persidangan biasa kerana ia tidak menepati peraturan dewan.
Nusuruddin pula mencadangkan kerusi Speaker di Perak menggunakan tali pinggang keledar pada masa akan datang bagi mengelakkan ada lagi orang yang mengusung keluar Speaker.
Beliau juga berkata, Perkara empat Peraturan Tetap Dewan menyebut Speaker berkuasa penuh bagi menentukan perjalanan mesyuarat anggota dewan.
Katanya, jawatan seseorang speaker hanya boleh gugur apabila dia berhenti secara sukarela atau meletak jawatan sebagai Adun.
Selain itu apabila bermula persidangan penggal baru selepas pilihan raya dan speaker juga boleh dijatuhkan melalui usul tidak percaya.
“Apa yang lebih menggelirukan lagi apabila setiausaha kerajaan negeri pula cuba bertindak bagi pihak speaker dengan melarang media yang tidak pro Umno membuat liputan pada persidangan Dun 7 Mei lalu.
SK
Daftar SEKARANG!!! Untuk MASA DEPAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com
description:pas,keadilan,umno,dsai,anwar,nizar,nik aziz,najib,zambry,ismail,umno,bn,pas,pkr,dap,bukit selambau,bukit gantang,batang ai,pilihanraya kecil dun penanti,parlimen,sg.petani,kedah,perak,sarawak,polis,fru,altantuya,elizabeth wong,umno,umno,umno
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...