Isnin, Mei 04, 2009
Tanpa Umno rakyat masih mampu kecapi kemakmuran
Zuharman MN
PASIR PUTEH, 4 Mei (Hrkh) - Orang Melayu dan kaum-kaum lain di negara ini kini mulai yakin tanpa Umno dan Barisan Nasional (BN) rakyat masih mampu mengecapi kemakmuran dan kesejahteraan.
Ini dapat dibuktikan apabila rakyat di Kelantan, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak mampu meneruskan kelangsungan hidup seperti biasa tanpa kerajaan BN.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, masyarakat berbilang kaum mulai sedar retorik Umno dan BN yang memperbodohkan mereka selama ini.
"Sebelum ini ramai di kalangan rakyat dipengaruhi dakwaan kononnya hanya Umno dan BN sahaja yang mampu menjamin kesejahteraan hidup rakyat.
"Kita pernah dengar kenyataan rakyat Malaysia tidak akan maju tanpa Umno-BN. Sangkaan itu sekarang semuanya meleset," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung PAS Pasir Puteh kali ke-50, di sini, kelmarin.
Menurutnya apabila rakyat faham dan yakin dengan kemampuan Pakatan Rakyat secara tidak langsung survival politik Umno akan menuju kehancuran.
Contoh terbaru dapat dilihat pada pilihan raya kecil Bukit Gantang, apabila 85 peratus pengundi Cina dan 65 peratus India memberi sokongan padu kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.
Muktamar tersebut diadakan di Maahad Saniah dekat sini. Pada mesyuarat itu Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mohamed kekal sebagai Yang Dipertua PAS kawasan biar pun berlaku pertandingan tiga penjuru.
Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat pula mengekalkan jawatan Timbalan Yang Dipertua. Manakala Adun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim memenangi jawatan Naib Yang Dipertua.
Iskandar yang juga anggota Exco kerajaan Selangor berkata, tindakan kerajaan persekutuan menukar Pengarah Jabatan Pertanian di negeri terbabit secara tergesa-gesa boleh membantut usaha meningkatkan hasil padi di Selangor.
Beliau percaya tindakan itu dilakukan orang politik bagi menyekat kepakaran seseorang individu yang boleh memberi manfaat kepada rakyat.
Katanya daerah Tanjung Karang dan Sabak Bernam merupakan kawasan tanaman padi utama di Selangor.
"Kenapa pegawai yang berjaya melaksanakan projek meningkatkan pengeluaran padi tiba-tiba ditukar," tambahnya. - mj _
HARAKAHDAILY
BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila@gmail
Komen penuh saya sila ikuti blog saya: http://gedungakal.blogspot.com/ di bawah tajuk Melayu Tanpa PKMB.Ap-a yang penting mitos yang disebarkan PKMB perlu difahami terlebih dahulu jika mahu hindari khurafat gerombolan tersebut.
BalasPadammemang benar ,setuju ini adalah arah baru Rakyat berpolitik dengan kebenaran!
BalasPadam