Sabtu, Mei 23, 2009

UMNO BN AKAN KALAH TERUK DI M.U



Umno bn awal-awal lagi sudah berkokok nak masuk bertanding di Manik Urai(M.U).Kali ini mereka tidak lagi membiarkan pemerhati politik ternanti-nanti seperti Penanti.Jika di Penanti mereka menjadi ayam betina yang tidak boleh berkokok.Kini umno bn sudah mula berkokok walaupun belum masuk waktu subuh.Mereka berkokok di awal senja iaitu ketika jenazah adun yang meninggal itu baru beberapa jam saja disemadikan.Lalu ramai yang tertanya-tanya dari spesis manakah ayam yang berkokok di waktu senja ini.Adakah ianya dari spesis ayam serama 1.3 aeroback?

Berani mati mereka berkokok ketika mana Pas yang menyandang kerusi dun tersebut pun belum lagi menyatakan akan bertanding atau tidak.Apakah mukjizat yang umno bn perolehi hinggakan terlalu cepat mereka berejakulasi menyatakan untuk bertanding? Ataupun inilah satu-satunya cara untuk mereka menyerlahkan kejantanan setelah dibapokkan oleh ramai pihak gara-gara tidak berani bertanding di Penanti.

Namun usaha umno bn untuk menyerlahkan kejantanan semakin tipis kerana lapisan ozon yang memayungi keadilan di Malaysia semakin terhakis.Seluruh penyokong PR rasanya mual dengan keputusan di Putrajaya semalam.Ini akan memudahkan lagi Pas untuk memenangi dengan bergaya di MU.Umno bn akan kalah teruk di MU.

Satu sahaja cara untuk umno bn mendapat kemenangan iaitu bila Pas tidak masuk bertanding.Itupun jika tiada calon bebas yang tumpang sekaki.


Daftar SEKARANG!!! Untuk MASA DEPAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...