Sabtu, Mei 30, 2009
UMNO BN GUNA TAKTIK LARI KE TAIWAN
"Tu la..orang suruh pi jalan-jalan saja,hangpa pi beli macam-macam letak atas bumbung sampai tayar pun pancit..."
Umno BN sekali lagi menggunapakai strategi melarikan orang-orangnya menjelang PRK N12 Penanti.Masihkah kau ingat wahai minah ronggeng,suatu ketika dulu semasa sibuk orang ramai memperkatakan tentang tarikh keramat 16 september, umno BN melarikan beberapa ahli parlimennya ke Taiwan bagi mengelakkan dari mereka terjerumus bersama pembangkang untuk mengambilalih pemerintahan negara.
Terdengar khabar berita dari Penanti mengatakan umno BN sedang mengatur rombongan percuma untuk warga turun temurun umno di Penanti sempena hari mengundi.Taktiknya tidak sukar untuk dibaca iaitu bagi mengajak pengundi supaya tidak pergi mengundi.Mereka percaya dengan cara ini para penyokong umno BN tidak berpeluang memberi undi protes kepada BN yang tidak bertanding.Sedikit sebanyak dapat mengurangkan majoriti kemenangan PKR.Dengan berkurangnya majoriti,maka tahap kemaluan umno BN juga turut berkurang.Jika kalah dengan majoriti besar,mereka juga akan turut malu besar.
Realitinya taktik yang digunakan umno BN ini hanya akan menjejaskan peratusan keluar mengundi.Apa yang pasti adalah,undi untuk PKR tidak akan berkurang kerana amat mustahil bagi pengundi yang memangkah PKR pada pilihanraya lalu untuk berpaling tadah terhadap PKR dan PR amnya.
Masihkah kau ingat wahai minah ronggeng,suatu ketika dulu sebelum PRU 12 beberapa orang cuba menyeludup dakwat kekal telah ditangkap sebelum sempat menggunakan dakwat tersebut.Jadi apa bezanya dengan cubaan menyeludup pengundi ke tempat pelancongan di sempadan Thai bagi menghalang mereka daripada pergi mengundi?
Daftar SEKARANG!!! Untuk MASA DEPAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...