Sabtu, Mei 23, 2009
UMNO BN JANGAN TERUJA LEBIH-LEBIH SANGAT
Seronok juga baca komen bloggers pro-PR mengenai keputusan Mahkamah Rayuan petang tadi. Banyak yang menulis berbaur antara rasa kecewa dan marah. Sesetengah pula cuba merawat rasa kecewa dengan menaruh harapan Zambry akan membubarkan DUN sedikit masa lagi.
Bagi blogger pro-BN pula pasti menulis dengan gaya teruja dengan kemenangan Zambry. Mungkin ketika menulis mereka lupa kepada pesanan Najib kepada PR ketika Nizar menang kes di Mahkamah Tinggi tempohari: JANGAN TERUJA SANGAT DENGAN KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI!!
Lalu elok juga kepada penyokong BN diperingatkan kembali kata-kata Najib dua minggu lalu: BN, JANGAN TERUJA SANGAT DNGAN KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN!!
Jangan marah, jangan kecewa dan jangan teruja kerana dunia belum kiamat. Proses perundangan kes DUN Perak masih panjang. Masih ada Mahkamah Persekutuan untuk memuktamadkan keputusan siapa MB Perak. Jadi mengapa marah, kecewa atau teruja?
Juga PRU ke-13 pun bukan lama lagi, tinggal tiga setengah tahun saja lagi jika ia diadakan genap 5 tahun selepas PRU ke-12. Tapi jika diadakan hanya dalam lingkungan 4 tahun seperti lazimnya, tempoh untuk PRU ke-13 tinggal kira-kira dua setengah tahun saja lagi. Tak lama lagi dah tuuu!! Pejam celik, pejam celik , PRU ke-13 tiba pula!
Dan jika PRU ke-13 diadakan, adakah anda berani meramaklkan keputusannya? Melihat kepada trend pengundi kini, terutama generasi muda, tidak sukar meramalkan keputusannya. Yang penting PR perlu meneruskan momentum sokongan, elakkan membuat kesilapan dan jangan berhenti untuk terus bekerja kuat.
Kepada rakyat Perak pula, jika Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang tidak menyebelahi cita rasa anda, masih ada tiga setengah tahun lagi untuk melempiaskan hutang lama! -pendikargunungkriang
Daftar SEKARANG!!! Untuk MASA DEPAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com
ia juga membawa maksud Najib boleh diturunkan dari jadi PM tanpa sidang Parlimen.. boleh pakat bawak 30 orang pelompat BN mengadap Agong dan istihar Anwar jadi PM... senjata BN bakal makan tuan.... sebab penghakiman ini bakal menjadi rujukan nanti..hahhaa bunga bunga dah keluar di perelih... Ahli UMNO ni bila merajuk depa akan tikam parti dari belakang...
BalasPadam